top of page

Peruntukkan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dinaikkan



Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong mengumumkan peruntukan untuk Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) dinaikkan kepada RM5.8 juta pada tahun ini, berbanding RM2.6 juta tahun lalu.


Melalui satu kenyataan Steven berkata, ia selaras dengan pendirian kementeriannya untuk berdiri bersama pekerja yang menjadi tonggak kepada ekonomi negara, sekali gus memerlukan kesatuan sekerja terus didukung dan diperkasa.


Selain peruntukan bagi program itu, had maksimum permohonan geran untuk kesatuan sekerja juga jelasnya turut dinaikkan daripada RM10,000 tahun lalu kepada RM20,000 tahun ini.


Langkah itu jelasnya bagi tujuan memperkasa pengurusan.

"Pemberian geran PHEKS berkenaan adalah tertakluk pada syarat yang ditetapkan.


"Dua Jawatankuasa ditubuhkan bagi tujuan penilaian permohonan, iaitu Jawatankuasa Teknikal PHEKS dan Jawatankuasa Panel Penilai/Pelulus PHEKS," kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu dipetik.


Sementara itu jelasnya, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) akan mempromosi geran dan program di bawah PHEKS kepada semua kesatuan sekerja melalui Pejabat Negeri JHEKS di seluruh negara selain sesi taklimat secara bersemuka serta pengiklanan di laman sesawang jabatan, iaitu jheks.mohr.gov.my.


"Justeru, semua kesatuan sekerja disaran untuk menyertai inisiatif yang akan dilaksanakan pada tahun ini," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page