top of page

Peruntukan wakil rakyat pembangkang tertakluk terma, syarat



Peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tetap tertakluk kepada terma dan syarat

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, keputusan membenarkan peruntukan parlimen kepada pembangkang dibuat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan semalam namun syarat-syarat berkenaan belum dibincangkan.


"Peruntukan (kepada wakil rakyat pembangkang) itu diberi tertakluk kepada syarat dan terma yang akan dibincangkan," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan Sentuhan Kasih Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ke Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor hari ini.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini dilapor berkata Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan secara dasarnya bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.


Beliau yang juga ketua whip Kerajaan Perpaduan berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat lebih satu jam yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dihadiri oleh pemimpin tertinggi parti komponen Kerajaan Perpaduan di Sri Perdana, Putrajaya semalam.


Fadillah berkata, satu draf memorandum persefahaman (MoU) akan dirangka terlebih dahulu dan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.


Dalam pada itu, mengenai desas-desus DAP akan meletakkan calon berbangsa Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, Kor Ming berkata, kaum apa sekali pun yang diketengahkan parti itu tidak seharusnya dijadikan isu.


"Tunggu tarikh (pengumuman calon)… kita jangan mainkan isu, yang penting bagi saya tidak kira mana-mana kaum, semua anak kita. Yang penting calon itu dapat berkhidmat, berbakti dan bekerja kepada warga Kuala Kubu Bharu," katanya.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 27 April (Sabtu) dan 7 Mei (Selasa).


Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac.


Lee, 58, yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013, meninggal dunia selepas bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page