top of page

Peruntukan tuisyen pelajar, bantuan mahasiswa ditambah



Belanjawan Selangor 2024 menambah peruntukan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang memberi impak sangat besar kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pada 2023, Menteri Besar Incorporated (MBI) telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana PTRS. Program tersebut bagi pelajar Tingkatan 5 yang berjumlah 65,000 orang di seluruh Negeri Selangor telah menerima modul bagi enam mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Matematik Tambahan.


"Sebanyak 277 buah sekolah terlibat termasuk Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS). Sejumlah 1,956 orang guru dan penyelaras telah terlibat dengan kos sebanyak RM7 juta bagi 2023. Selain daripada pemberian modul, peruntukan ini termasuk elaun guru dan makan tengah hari kepada pelajar yang menyertai tuisyen.


tahun 2024, Kerajaan Negeri akan memberi tambahan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada MBI dan menjadikan jumlah keseluruhan program PTRS tahun 2024 sebanyak RM10 juta," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024, petang ini.


Dalam pada itu, pelajar yang bergelar mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi dari keluarga kurang bermampuan pula katanya akan diberikan Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) bagi mereka yang melanjutkan pengajian di UNISEL dan UIS


"BAYU ini telah memberi manfaat kepada ramai pelajar sejak dilaksanakan pada tahun 2021. Secara keseluruhan, sejumlah lebih kurang RM16 juta diperuntukkan bagi keseluruhan Program Pembangunan Pendidikan Tinggi bagi Tahun 2023," katanya.


Manakala bagi meningkatkan lagi jumlah pelajar yang mahir dalam bidang teknikal, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM13.85 juta untuk Program IKTISASS pada tahun 2024 bagi memastikan pendidikan TVET mencapai matlamat melahirkan tenaga kerja mahir sebagai persediaan Selangor melangkah ke arah Revolusi Industri 4.0, sekaligus dapat meningkatkan pelaburan asing di Selangor.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page