top of page

Peruntukan tambahan Terengganu: Lulus RM200j bukti Kerajaan Madani prihatin



Keprihatinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada permasalah pasca banjir di negeri Terengganu disambut baik KEADILAN Cabang Kemaman.


Pengerusi Biro Komunikasi dan Penerangannya, Ahmad Nadhir Yop melalui satu kenyataan media menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih atas peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta itu yang telah diumumkan PM dalam sesi menjawab soalan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat semalam.

Ahmad Nadhir Yop

"Keputusan PM ini membuktikan Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin terhadap setiap permasalahan dan keperluan rakyat di seluruh negara termasuk negeri-negeri yang ditadbir oleh pihak pembangkang


"Ini juga adalah satu lagi terjemahan visi dan misi Malaysia Madani yang menekankan kesaksamaan dan keadilan kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan juga idealogi politik," katanya.


Anwar yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat semalam memberitahu pentadbirannya sudah meluluskan peruntukan RM200 juta untuk Terengganu bagi kerja pembaikan kerosakan akibat banjir, terutamanya masalah runtuhan tanah di sekitar Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud di Tasik Kenyir.


Sementara itu, dalam kenyataan sama Ahmad Nadhir menggesa semua pihak agar fokus kepada pembangunan Malaysia baru dan politik yang lebih sederhana.


"Oleh itu semua pihak harus berlapang dada dan mengetepikan fahaman politik yang sempit dan terus fokus kepada pembangunan Malaysia baru selaras dengan aspirasi Malaysia Madani," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page