top of page

Peruntukan tambahan SPUMI RM30j disambut baik masyarakat India



Oleh: Abdullah Zaid


Peruntukan tambahan RM30 juta di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI Goes Big) bagi memperkasakan ekonomi kaum berkenaan merupakan satu usaha berterusan membela masyarakat India.


Menurut Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr Gunarajah R George, peruntukan tersebut sebagai bukti Kerajaan Madani tidak memungkiri janji untuk memperbaiki sosio-ekonomi minioriti India yang ketinggalan.


Katanya, inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu mampu menyokong perusahaan kecil dan sederhana untuk tumbuh lebih pesat.


"Inisiatif terbaru itu menggandakan jumlah peruntukan kepada RM 60 juta dan memperluaskan julat pembiayaan daripada RM 50,000 kepada RM 100,000.


"SPUMI pasti akan membolehkan usahawan India mengembangkan perniagaan mereka, mencipta peluang pekerjaan dan meneroka jalan pertumbuhan baharu," katanya dalam satu kenyataan.


Jelas beliau, inisiatif baharu itu juga akan mewujudkan lebih banyak program bantuan keusahawanan bagi masyarakat India selain dikendalikan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).


"Ia menunjukkan masyarakat India tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada MITRA untuk mendapatkan bantuan kerana kerajaan mempunyai banyak program yang diletakkan di pelbagai kementerian.


"Saya berharap semua usahawan India yang layak akan merebut peluang ini bagi perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi," ujarnya.


Terdahulu, Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Ramanan Ramakrishnan memaklumkan SPUMI Goes Big memanfaatkan seramai 28,808 orang usahawan India menerusi pembiayaan SPUMI sedia ada dengan nilai RM450.5 juta.


Oleh itu, Ahli Parlimen Sungai Buloh tersebut menjangkakan peruntukan tambahan ini akan memberi manfaat lebih 2,000 usahawan India.


Tambahnya, pendaftaran boleh dibuat di semua cawangan Tekun dengan tempoh kelulusan tujuh hari bekerja bermula 15 April ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page