top of page

Negara perlu laksana strategi kontra ekstremisme - MP Ipoh Timor



Serangan ke atas balai polis di Ulu Tiram, ugutan peluru hidup ke atas Ahli Parlimen DAP, penangkapan dua lelaki dengan parang berhampiran Istana Negara baru baru ini memerlukan negara mempunyai strategi khusus menangani ideologi ekstrem.


Menurut Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee Chuan How, beberapa perubahan dari segi undang undang dan strategi kontra radikalisme ke atas rakyat yang cenderung ke arah fahaman sedemikian perlu difikirkan.


Katanya, Malaysia perlu belajar daripada negara seperti Arab Saudi yang mempunyai Pusat Kaunseling dan Nasihat Mohammed bin Nayef, menggabungkan elemen operasi keselamatan dengan kaunseling agama, sokongan psikologi, dan latihan vokasional untuk membantu mengintegrasikan semula individu terpesong ke dalam masyarakat.


Begitu juga, katanya, Indonesia yang mempunyai unit khas memantau dan menentang ucapan kebencian dalam talian. Negara itu juga mewujudkan program pendidikan semula agama, kaunseling psikologi, dan penglibatan masyarakat untuk mengintegrasikan semula golongan pelampau kembali ke pangkal jalan.


"Berdasarkan contoh antarabangsa ini, Malaysia mesti menggunakan pendekatan pelbagai aspek untuk menangani lonjakan pergerakan pelampau dan jenayah kekerasan


"Kita mesti mempertimbangkan (meluluskan) undang undang menentang ucapan kebencian yang secara khusus menyasarkan ucapan benci dan hasutan ke arah keganasan dan tidak bergantung kepada Akta Hasutan sedia ada


"Kerajaan harus mewujudkan program yang menawarkan kaunseling agama, sokongan psikologi, latihan vokasional dan integrasi semula ke dalam masyarakat.


"Keperluan strategik adalah untuk memulihkan individu yang dipengaruhi oleh atau di bawah pengaruh ideologi ekstremisme dan mencegah residivisme," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Howard Lee juga berharap diwujudkan inisiatif pendidikan kontra radikalisme di sekolah. Ianya berupa kurikulum pendidikan yang menekankan nilai kepelbagaian budaya, toleransi, dan saling menghormati.


Katanya, dengan mendidik belia tentang bahaya dan kesan ucapan kebencian serta kepentingan perpaduan sosial maka boleh dibina identiti Malaysia yang berdaya tahan.


Selain itu, beliau berpendapat bekerjasama dengan pemimpin agama, cendekiawan dan NGO untuk mempromosikan tafsiran sederhana, inklusif dan harmoni bagi mana-mana agama juga faktor yang penting. Inisiatif berasaskan komuniti, katanya, boleh membantu mengatasi naratif pelampau dan memupuk keharmonian sosial.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page