top of page

Kekalkan momentum ekonomi, Malaysia mampu capai pertumbuhan 4 - 5%



Malaysia berupaya mencapai pertumbuhan antara 4 hingga 5% tahun ini sekiranya mengekalkan momentum yang ada sekarang bagi membolehkan negara ini mengukuhkan kedudukan kewangan untuk mencapai sasaran pengurangan hutang menjelang 2028.


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, pertumbuhan 4.2% bagi suku pertama tahun ini memberi gambaran momentum ekonomi bertambah baik dan naratif ekonomi yang dibawa pentadbiran sekarang semakin diterima serta diyakini oleh pemegang taruh dalam dan luar negara.


"Pencapaian ini disambut baik oleh pemerhati ekonomi kerana ia melepasi jangkaan mereka. Sebelum ini, ekonomis meramalkan pertumbuhan suku pertama 2024 sebanyak 3.9%," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


"Sebagai sebuah negara pertengahan yang berpendapatan “hampir” tinggi, pertumbuhan yang bersesuaian dengan rentak dan kemampuan ekonomi kita sekarang ialah sekitar 4-5% setahun.


"Sekiranya kita berjaya tumbuh lebih cepat dari ini, itu bermakna potensi ekonomi kita semakin utuh (walaupun perlu diimbangkan dengan tekanan inflasi dan lain-lain)," katanya.


Rafizi berkata, perbelanjaan swasta terus memacu pertumbuhan ekonomi dan tumbuh lebih tinggi bagi suku pertama tahun ini iaitu 4.7% berbanding 4.2% dalam suku keempat 2023.


"Ini bermakna perniagaan dan pengguna terus berbelanja pada kadar yang sihat yang memacu ekonomi negara," ujarnya.


Bagaimanapun, beliau menyatakan pertumbuhan 4.2% itu tidak bermakna sekiranya paras gaji pekerja di Malaysia dan harga barang kekal pada paras sedia ada.


Sebab itu, katanya Kerajaan Madani tidak melihat kepada angka pertumbuhan semata-mata, sebaliknya beberapa dasar ekonomi yang telah dirancang dan dilancarkan memberi tumpuan utama kepada usaha menambah wang dalam poket rakyat sementara kita mengekalkan kadar inflasi pada paras terkawal.


"Ini termasuklah kenaikan gaji penjawat awam, dasar gaji progresif untuk memastikan kenaikan gaji yang lebih sihat bagi sektor swasta, dan semakan keseluruhan sistem bantuan rakyat ke arah pindahan tunai yang lebih kerap dan bersasar kepada rakyat.


"InshaAllah tumpuan dasar-dasar ekonomi yang seimbang (antara mengejar pertumbuhan dan memastikan laba ekonomi dinikmati semua) akhirnya akan memastikan lebih ramai rakyat Malaysia mengecapi hasil pertumbuhan ekonomi ini dari semasa ke semasa," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page