Peruntukan RMK12 perlu telus, bersih daripada penyelewengan


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menyifatkan segala peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 perlu disalurkan dengan telus dan tidak berisiko untuk diselewengkan.


Ini kerana, beliau berpendapat, membelanjakan RM400 bilion bukanlah satu nilai yang kecil.


"Kalau tidak adakan proses transparen dan open tender, kalau berlaku rasuah dan penyelewengan, semua duit pembangunan akan dibazirkan dan akhirnya rakyat tidak dapat apa-apa.


"Yang dapat perasuah besar dalam RMK11 dan dulu-dulu banyak skandal berlaku jadi itu menyebabkan urus tadbir kerajaan sangat penting bagi memastikan yang miskin itu terbela, jadi saya harap kerajaan betul-betul meneliti semua proses tender," katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.


Pada masa sama, Sim juga menyifatkan RMK12 sebagai pembentangan yang mengecewakan.


"Kita dapati selain daripada bahasa berbunga, angka besar nampak menarik tapi tak banyak perubahan, kita harap ada idea baru dan projek high impact tetapi kita agak kecewa.


"Ia masih disaji dengan kitaran idea lama yang sudah terbukti gagal. Malaysia perlukan idea baru sebagai sumber pendapatan baharu.


"Rumah kita penuh dengan pelbagai barangan tapi berapa banyak yang buatan Malaysia? Tak banyak, kebanyakan adalah import, jadi kita semakin menjadi negara pengguna bukan negara pengeluar.


"Jadi saya mencadangkan kerajaan supaya menumpukan negara pengeluar. Hidupkan semula projek Made in Malaysia, ekonomi berdasarkan eksport dan pembuatan banyak manfaat, boleh bawa pendapatan kepada negara.


"Ia juga boleh mencipta pekerjaan berkualiti, pendapatan isi rumah akan bertambah jika jadi keluarga pengeluar, boleh mendapat pendapatan, begitu juga kalau jadi negara pengeluar, maka negara jadi kaya.


"Jadi kerajaan fokus perlu kepada eksport contohnya modenkan sektor pertanian supaya boleh hasilkan produk pertanian berkualiti," katanya.


Selain itu, Sim berkata, kerajaan tidak boleh bergantung kepada pelaburan FDI sahaja.


"Ini kerana, kita perlu usaha untuk meningkatkan supaya SME kita boleh jadi syarikat gergasi Hyundai dan Samsung, dulu mereka syarikat kecil sekarang mereka telah berjaya.


"Jadi kita berharap kerajaan fokus balik kepada usaha Made In Malaysia, subsektor seperti Design in Malaysia, Research and Development in Malaysia, Planted in Malaysia dan Halal Malaysia.


"Tumpukan kepada 1,000 syarikat tempatan dulu supaya memberi bantuan supaya mereka boleh berjaya.


"Usaha perlu ditingkat dengan pendidikan sains dan teknologi, kita perlukan lebih ramai jurutera, food technologist dan saintis dari segi tingkatkan Made In Malaysia.


"TVET walaupun dikatakan dapat bantuan, geran pula turun jadi mereka perlu bantuan lebih banyak untuk mereka lebih berjaya.


"Kerajaan juga kena bantu agensi kerajaan Matrade, Mida dan Halal Malaysia. Mereka perlu diberi tangungjawab lebih besar dengan geran serta insentif lebih banyak, lebih agresif membantu SME kita memasarkan produk ke serata dunia," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER