top of page

Peruntukan RM45 juta saliran atasi banjir, RM13 juta bina tebatan banjir



Kerajaan Selangor membelanjakan sebanyak RM45 juta bagi memperbaiki saliran dan takungan bagi mengelak terjadinya banjir besar pada 2021 lalu berulang di beberapa lokasi.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, projek tersebut melibatkan Kolam Takungan Banjir di Rawang Integrated dengan kos RM15 juta, Kolam Takungan Banjir di Kampung Budiman (RM20 juta) dan Kolam Takungan Banjir di Lebuh raya Shapadu bersebelahan Taman Mutiara Bukit Raja (RM10 juta).


Dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini, beliau berkata Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) juga akan dibuat di Sabak Bernam menerusi peruntukan RM500,000 bagi menyediakan sistem saliran secara lebih bersepadu.


Selain itu, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM13.4 juta untuk projek tebatan banjir melibatkan lembangan Sungai Klang menerusi peruntukan RM6.26 juta, Sungai Langat (RM5.67 juta) dan Sungai Selangor (RM1.52 juta).


“Agihan peruntukan mengikut lembangan sungai untuk memastikan keberkesanan dalam pengurusan tebatan banjir merangkumi pelaksanaan kajian, reka bentuk dan juga projek fizikal.


“Projek-projek tebatan banjir ini perlu dilaksanakan segera terutama di lembangan Sungai Klang dan Sungai Langat,” katanya di Dewan Negeri Selangor hari ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page