top of page

Peruntukan RM3 juta kembalikan elaun petugas masjid, surau



Tuduhan melulu penyokong pembangkang di Selangor kononnya Kerajaan Negeri memotong elaun petugas masjid dan surau dijawab dengan khabar gembira hari ini.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM3 juta dari Kerajaan Negeri bagi mengembalikan elaun petugas berkenaan yang sebelum ini diuar-uarkan dipotong oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).


Amirudin yang menerima taklimat daripada Pengarah JAIS dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuat keputusan itu pagi tadi.


"Saya difahamkan bahawa elaun tambahan petugas masjid yang dibayar bermula tahun 2003 adalah dari hasil kutipan zakat oleh LZS setiap tahun.


"Namun akibat kesan pandemik Covid-19, kutipan zakat tahun ini mencatatkan penurunan drastik hampir 20 peratus yang menyebabkan beberapa pelarasan sementara perlu dibuat dan mengambilkira keperluan menyalurkan hasil zakat kepada golongan asnaf yang terhimpit akibat kesan pelaksanaan PKP dan sebagainya.


"Berdasarkan penjelasan tersebut dan mengambil maklum keperluan para petugas masjid dan surau seluruh Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil keputusan kadar elaun petugas masjid dan surau dikembalikan semula kepada kadar sebelum ini.


"Kerajaan Negeri akan menanggung pelarasan tersebut dengan implikasi kewangan berjumlah RM3 juta," katanya dalam satu kenyataan.


Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial tuduhan kezaliman kerajaan Selangor di bawah Pakatan Harapan memotong elaun petugas masjid dan surau sehingga separuh daripada jumlah asal.


Tohmahan itu dibuat oleh pihak pembangkang di Selangor tanpa perlu merujuk fakta pembayaran elaun dibuat melalui kutipan zakat dan bukannya atas arahan kerajaan PH Selangor.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page