top of page

Peruntukan RM20 bilion lebuhraya Pan Borneo tepat pada waktu



Peruntukan tambahan dalam Belanjawan Madani 2023 sebanyak RM20 bilion untuk menyiapkan lebuhraya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan dianggap amat tepat pada waktunya.


Menurut Timbalan Pengerusi KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit peruntukan sebanyak itu boleh memperkemaskan lagi pembinaan lebuhraya yang sedang berjalan, termasuk memperbaiki kemudahan serta insfrastruktur kawasan sekitar lebuhraya tersebut.


"Yang menggembirakan rakyat Sarawak adalah peruntukan tambahan sebanyak RM20 billion untuk Pan Borneo dan jalan raya jajarannya melebihi 1,000 kilometer.


"Kita berharap peruntukan ini akan disalurkan untuk membina atau membaiki jalan ke pedalaman Sarawak seperti di Daerah Belaga bagi menyiapkan Daerah Belaga maju seiring ibu negara Indonesia yang baru, Nusantara.


"Seterusnya memudahkan bagi menyediakan Belaga diangkat menjadi salah satu Bahagian Ke-13 Sarawak dalam tempoh Kerajaan Perpaduan ini," kata Abun Sui dalam satu kenyataan.


Beliau yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN wakil dari Malaysia Timur selain itu berkata, amat berterima kasih dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM5.6 bilion untuk Sarawak yang diumumkan Menteri Kewangan.


Katanya, peruntukan itu meningkat berbanding bajet yang lalu dan menggambarkan tekad Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membangunkan Sarawak.


"Saya sebagai rakyat Sarawak berpuas hati kerana jumlah 5.6 billion yang diperuntukan untuk Sarawak adalah yang tertinggi untuk negeri ini setakat ini," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page