Peruntukan RM160 juta untuk industri seni, kreatif


Kerajaan memperuntukkan RM160 juta bagi menyemarakkan industri kreatif, seni dan budaya tempatan.
Bagi menyemarakkan industri kreatif, seni dan budaya tempatan, kerajaan memperuntukan RM 160 juta bagi Belanjawan 2024.
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak RM90 juta diperuntukkan bagi inisiatif Film in Malaysia Incentive untuk menggalakkan penghasilan filem bertaraf antarabangsa.
"Sebanyak RM 60 juta diperuntukan di bawah Dana Kandungan Digital untuk mempromosi karya tempatan dan menyokong kandungan berteraskan nilai kenegaraan.
"Selain itu, RM 10 juta juga bagi menyediakan Skim Dana Padanan MyCreative dalam menyokong anak-anak seni dalam penghasilan projek kreatif," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024, hari ini.
Dalam masa sama, Perdana Menteri mengumumkan pengecualian duti hiburan akan diberikan kepada setiap persembahan pentas artis tempatan pada tahun depan.
"Keputusan tersebut dicapai kerajaan susulan keputusan kerajaan negeri Selangor yang menurunkan kadar duti hiburan.
"Kerajaan turut bercadang untuk menurunkan kadar duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan daripada 25 peratus kepada kadar baharu.
"Oleh itu, pengurangan kepada lima peratus duti hiburan bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator," ujarnya lagi.
* Kredit foto: Selangorkini




Comments