top of page

Peruntukan RM100 juta perkasa ekosistem kerja warga pendidik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 15 hours ago
  • 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Pendidikan komited untuk terus meningkatkan mutu pendidikan negara dengan memastikan golongan guru dapat melaksanakan tugas dalam persekitaran kerja yang selesa, selamat dan kondusif.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (gambar) berkata, peruntukan khas RM100 juta yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini akan diagihkan bagi penyediaan perabot asas, penambahbaikan infrastruktur sokongan serta kemudahan kerja yang lebih selamat dan selesa untuk guru.


"Ruang kerja yang selesa dan kondusif mampu meningkatkan motivasi, kreativiti serta profesionalisme guru, sekali gus memperkukuh produktiviti mereka.


"Ia merupakan pelaburan strategik bagi memperkukuh profesionalisme pendidik dan meningkatkan mutu pendidikan negara," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 pada Selasa memaklumkan kerajaan mengambil maklum lebih 30 peratus bilik guru di seluruh negara berada dalam keadaan tidak selesa dan tidak selamat.


Sehubungan itu, kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan khas RM100 juta bagi menaik taraf bilik guru secara berperingkat demi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, selesa dan bermaruah untuk para pendidik.


Sementara itu menurut Fadhlina, pengumuman Perdana Menteri itu mencerminkan kesungguhan Kerajaan MADANI dalam meletakkan kebajikan guru sebagai keutamaan utama.


Sehubungan itu, beliau berharap inisiatif berkenaan mampu menyuntik semangat serta meningkatkan keterujaan dalam kalangan warga pendidik untuk memberi perkhidmatan terbaik.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page