Peruntukan RM1 bilion program Ikhtiar MADANI
- Suara Keadilan

- Oct 10
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion tahun depan bagi memperhebat pelaksanaan Ikhtiar MADANI untuk rakyat.
Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan inisiatif tersebut bakal dilakukan menerusi program Sejati MADANI yang akan diperluas kepada golongan anak muda.
Katanya, ia bertujuan menambah pendapatan komuniti seperti program mesin layan diri atau di bidang pertanian, khususnya sistem pengairan baja.
''Sasaran Kampung Angkat MADANI akan ditingkatkan kepada 500 kampung dan Sekolah Angkat MADANI pula ditingkatkan kepada 1,500 termasuk pembabitan oleh badan swasta bermula tahun hadapan.
''Pimpinan negara dan pegawai kanan seperti Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, juga sudah turun padang untuk menguruskan permasalahan kampung dan sekolah.
''Kejayaan Solar MADANI yang telah siap memasang 4,000 lampu solar di Sabah semalam juga akan diperluas ke kampung-kampung seluruh negara,'' katanya.
Beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan perkara itu di Dewan Rakyat hari ini sempena pembentangan Belanjawan MADANI 2026.









Comments