top of page

Peruntukan RM1 bilion bukti PM prihatin Malaysia Timur



Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperuntukkan RM1 bilion untuk naiktaraf prasarana sempadan di Sabah dan Sarawak baru-baru ini disifatkan sebagai langkah awal yang dapat memberi kesan positif kepada kedua-dua buah negeri berkenaan.


Hal itu juga membuktikan kesungguhan Kerajaan Perpaduan memastikan semua rakyat mendapat akses setara, baik dari segi dana dan pertumbuhan infrastruktur, ekonomi dan sosial, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif.


"Peruntukan RM1 bilion ini merupakan langkah awal yang tepat dan dijangka dapat memberi implikasi positif kepada perkembangan ekonomi serta sosial masyarakat Sabah dan Sarawak dalam masa yang singkat.


"Usaha itu dapat memperkukuhkan lagi keselamatan rakyat kita di kawasan-kawasan sepanjang sempadan Malaysia dan Kalimantan yang bakal menjadi ibu kota baharu Indonesia," kata ADUN dari Sabah itu dalam kenyataan.


Semasa lawatan kerja ke Sarawak minggu lalu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan peruntukan tambahan awal berjumlah RM1 bilion untuk memulakan kerja-kerja menaik taraf prasarana dan keupayaan kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di sempadan Sarawak dan Sabah.


Kelulusan itu jelasnya dibuat susulan perbincangan beliau dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo baru-baru ini berhubung perpindahan ibu kota negara itu ke Nusantara, Kalimantan, yang berkongsi sempadan dengan kedua-dua wilayah Malaysia itu.


Norazlinah ketika mengulas lanjut isu sempadan itu berkata, pembangunan pusat pentadbiran baharu Indonesia, Nusantara di Kalimantan turut akan merancakkan ekonomi di pinggir sempadan Sabah dan Sarawak, namun turut akan membawa risiko ekonomi serta sosial.


"Penyeludupan haram, pemerdagangan manusia, serta pelbagai lagi ancaman yang turut hadir dengan pembangunan ekonomi yang pesat adalah amat dikhuatiri memberi kesan negatif terhadap masyarakat setempat.


"Justeru, infrastruktur persempadanan yang efisien dan berkesan hasil daripada peruntukan naiktaraf RM1 billion ini dapat menyumbang untuk mengawal risiko berkenaan," katanya.


Dalam pada itu, ADUN Warisan itu turut memuji langkah Persekutuan yang bersetuju menaikkan kadar pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan daripada RM16 juta kepada RM300 juta setahun dan usaha untuk mewartakan kedua dua negeri itu sebagai Wilayah.

0 comments

תגובות


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page