top of page

Peruntukan pertahanan RM21.2 bilion, peroleh aset tentera baharu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 18, 2024
  • 2 min read


Kerajaan meningkatkan peruntukan pertahanan negara kepada RM21.2 bilion bagi memastikan kesiagaan penuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukan itu bagi memberikan keutamaan kepada kerja-kerja selenggaraan, pembaikan dan perolehan aset ketenteraan yang baharu.


"Kementerian Pertahanan pula menerima peruntukan RM21.2 bilion, bertambah RM1.4 bilion. Kerajaan akan terus memastikan kesiagaan penuh ATM dengan RM5.8 bilion dikhususkan untuk kerja-kerja senggara dan pembaikan serta perolehan aset-aset ketenteraan baharu," katanya ketika membentangkan Belanjawan Malaysia Madani 2025 di Dewan Rakyat hari ini.


Perdana Menteri berkata tumpuan khusus juga diberikan untuk membangunkan industri ketenteraan tempatan melalui pemindahan teknologi daripada pembekal aset ketenteraan dan menggalakkan pemain industri tempatan menembusi pasaran eksport.


"Sebagai contoh, syarikat tempatan Aerodyne yang muncul sebagai penyedia perkhidmatan dron utama dunia wajar disokong untuk mengeksport aplikasi keselamatan kawalan sempadan," ujarnya.


Anwar berkata bagi mempertahankan kedaulatan negara di perairan Laut China Selatan, perolehan aset baharu dilakukan di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) meliputi enam kapal di bawah Program Pelanjutan Jangka Hayat Kapal Fasa 2, sebuah kapal misi pelbagai guna dan dua kapal ronda generasi baharu.


"Acap kali ditegaskan, isu Laut China Selatan perlu diselesaikan di meja rundingan. Kita kekal dengan pendirian bahawa ini boleh ditangani secara aman, kendatipun tidak bermakna kita bertoleransi dengan hak dan kedaulatan negara," katanya.


Selain itu, Anwar berkata pembangunan prasarana lengkap di pekan-pekan bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia dan Selatan Thailand turut diberi keutamaan dengan peruntukan hampir RM1 bilion.


"Ini termasuklah pembinaan jambatan Rantau Panjang ke Golok dan Pengkalan Kubor ke Tumpat, Kelantan dengan kos lebih RM50 juta," ujarnya.


Tambah beliau sejumlah RM560 juta disediakan untuk memperkasa sempadan negara antaranya membina baharu dan menaik taraf ICQS di Rantau Panjang dan Bukit Berapit, Kelantan dan membina dua pos sempadan baharu di Bantul dan Serudung, Sabah.


Selain itu, katanya kerajaan juga akan membekalkan badan penguat kuasa dengan teknologi dron dan kecerdasan pintar (AI) untuk meningkatkan capaian kawasan boleh diawasi.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page