top of page

Peruntukan parlimen: Tidak perlu semakan kehakiman, rundingan lebih baik



Oleh: Abdullah Zaid


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Nabil Halimi menyangkal tuduhan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Kerajaan Madani mengamalkan ‘politik dendam’ berhubung isu peruntukan parlimen di kawasan pembangkang.


Menuurt Nabil, sikap bekas Presiden MUDA yang melakukan semakan kehakiman terhadap kerajaan membabitkan isu peruntukan itu dilihat hanya mempergunakan rakyat Muar demi memenuhi politik peribadi beliau.


"Saya hairan atas dasar apa pendakwaan YB Muar ingin lakukan kepada kerajaan? Tidak ada termaktub dalam Perlembagaan bahawa menjadi kewajipan buat kerajaan menyediakan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang," katanya dalam satu hantaran di X.


Jelas beliau, pemimpin MUDA itu dilihat cuba menimbulkan dakwaan palsu kononnya kerajaan menzalimi rakyat Muar walhal mereka boleh memohon terus bantuan melalui kementerian atau agensi kerajaan.


"Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas berbeza dengan pentadbiran sebelumnya. Hal ini kerana secara prinsip kerajaan bersetuju akan peruntukan dana kepada Ahli Parlimen pembangkang. Cuma hal ini harus dilalui melalui proses rundingan.


"Kerajaan telahpun memberikan draf rundingan kepada pembangkang. Rundingan ini wajar demi kestabilan politik negara kita dalam baki pentadbiran yang ada.


"Kita lihat Kerajaan Negeri pembangkang di Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu apabila (mereka) sudi berunding dengan kerajaan, mereka mendapat peruntukan yang setimpal," ujarnya.


Bahkan kata Nabil, Perdana Menteri sendiri memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak pernah ‘menahan’ sebarang pemberian kepada negeri yang ditadbir pembangkang termasuk Terengganu, malah katanya agihan peruntukan ke negeri itu ditingkatkan tahun ini.

"Daripada YB Muar mempersoalkan kewajaran kerajaan dalam soal peruntukan, (adalah) lebih baik dia memikirkan kewajarannya menjadi pembangkang tanpa restu rakyat Muar.


"Adakah dia yakin rakyat Muar benar-benar mahu menjadi pembangkang bersamanya?," soal Nabil.


Kelmarin, Syed Saddiq tampil memohon semakan kehakiman terhadap kerajaan selepas mendakwa menghentikan dan menyekat lebih RM730,000 peruntukan kawasan Parlimen Muar sejak tahun lalu.


Dalam tuntutannya, Syed Saddiq memohon mahkamah membatalkan keputusan-keputusan berkenaan dan memerintahkan responden menyalurkan RM500,000 dan meluluskan atau menyalurkan peruntukan kepada projek-projek yang telah diluluskan berjumlah RM230,300.


Susulan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) dilaporkan semalam akan membantah permohonan semakan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan itu dalam masa terdekat.

Kata wakil AGC, Ahli Parlimen Muar itu perlu mendapatkan kebenaran daripada mahkamah sivil sebelum meneruskan permohonannya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page