top of page

Peruntukan parlimen: Hanya minta runding, bukan sokong PM - Anwar



Peruntukan kepada setiap Ahli Parlimen pembangkang yang tiada dalam undang undang perlu dirundingkan bersama di antara kerajaan dan pembangkang terlebih dahulu sebelum diberikan.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Tambun) menjawab demikian kepada soalan Ahli Parlimen Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) yang mendakwa kerajaan bertindak melampau kerana menyekat peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.


Dalam masa sama, PM juga menolak ayat al Quran yang dibacakan untuk menyokong tuntutan dan mahu Kerajaan Madani berlaku adil serta saksama dalam pemerintahan.


"Apa yang berlaku dikempen (propaganda), kita ini menentang Islam. Negara Melayu sudah tidak ada. Pimpinan Melayu sudah hilang. Apa dia saja wakil Islam dalam dunia ini? Mereka sahaja wakil Melayu di dunia. Masa mereka perintah harta Melayu mereka sakau. Ini kenyataan.


"Tiga tahun dalam kerajaan, (bekas) Menteri belah sana, apa peruntukan diberi kepada pembangkang?


"Apa hukum (ayat Quran) itu terpakai pada orang lain tidak terpakai kepada kamu? Salah guna.


"Saya nak tanya mengapa dahulu tak beri? Kamu kata mesti kepada semua wakil rakyat (peruntukan), mengapa 3 tahun kamu tak beri? Kamu baca Quran mana masa itu? Jangan guna ayat Quran ditunggang. Kalau konsisten saya hormat.


"Masa kami (perintah) tak rasuah, masa kami tidak judi, masa kami peruntukan diberikan, saya salute," bidasnya dalam sesi tanya jawab PM di Dewan Rakyat.


Tegas PM, peruntukan parlimen hanya akan diberi kepada semua Ahli Parlimen pembangkang setelah dirundingkan sebagaimana Ahli Parlimen Pakatan Harapan menikmatinya ketika bergelar pembangkang hampir 3 tahun lalu.


Beliau juga menafikan Ahli Parlimen yang mahu peruntukan perlu menyokong PM terlebih dahulu sebagaimana dilakukan oleh 5 Ahli Parlimen dari Bersatu yang berpaling tadah.


"Saya tak kata syarat mesti sokong, jilat PM.


"Kita tidak menghalang perundingan untuk kembalikan peruntukan kepada semua wakil rakyat. (Namun) dia ada peraturan dan tidak automatik. Saya beri ruang TPM II (sila) beri pandangan, bincang," katanya.


PM juga menegaskan bahawa pihak pembangkang perlu merendah diri sebagaimana yang beliau lakukan ketika menjawat Ketua Pembangkang dan berunding untuk mendapatkan perutukan parlimen bersama PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2021 lalu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page