top of page

Peruntukan parlimen: Bincang, putuskan dalam kalangan pembangkang - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 5
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Peruntukan parlimen kepada wakil rakyat pembangkang perlu dibincangkan dan mendapatkan keputusan bersama pembangkang.


Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, disarankan berbuat demikian dengan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) berhubung isu tersebut sebelum membangkitkan isu di Dewan Rakyat.


Itu cadangan diberikan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Shahidan mengutarakan mengenai peruntukan kepada semua Ahli Parlimen di Dewan Rakyat hari ini.


''Sekarang mereka (PN) belum ada sepakat.. ada yang nak (runding) seorang, nak (runding) berkumpulan.. ada yang setuju berunding, ada yang tak setuju.


''Sebab itu saya sudah minta Timbalan Perdana Menteri II (TPM II) Datuk Seri Fadillah Yusof terbuka untuk mendengar, cuma kalau mula, ia mesti ada kesepakatan antara Ahli Parlimen pembangkang dulu.


''Jadi saya cadangkan YB Arau (Shahidan) runding dulu dengan Ahli-ahli Parlimen PN.. ambil kata sepakat (dan) bagitahu TPM II yang dapat mandat,'' katanya ketika Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).


Terdahulu, Shahidan memuji tindakan Anwar yang berjaya memainkan peranan sebagai pendamai dalam konflik membabitkan negara luar, khususnya Thailand dan Kemboja.


Beliau menyatakan bahawa kejayaan itu memperlihatkan konsep keadilan yang dibawa oleh Anwar.


Susulan itu, Shahidan mempersoalkan sama ada PM Anwar bercadang menzahirkan prinsip keadilan tersebut kepada seluruh rakyat Malaysia dengan menyalurkan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page