top of page

Peruntukan khas tambahan untuk PKS Sabah, Sarawak diumum




Sebagai usaha membantu komuniti peniaga kecil di Sabah dan Sarawak, kerajaan bersetuju memberi peruntukan khas tambahan RM600 juta dalam Belanjawan 2023.


Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat ketika menggulang usul Belanjawan 2023 semalam.


Menurutnya, keputusan itu selepas meneliti keperluan menyokong golongan usahawan dan peniaga seperti yang dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen dari kedua-dua negeri itu.


"Untuk Sabah Sarawak, saya zahirkan keperluan menyokong golongan usahawan dan peniaga. Oleh itu, saya nak tambah (peruntukan).


"Sukacita diumumkan kerajaan akan menyediakan peruntukan khusus untuk komuniti PKS Sabah dan Sarawak dalam bentuk dana pinjaman mikro melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan RM100 juta tambahan.


"Selain itu, (peruntukan tambahan juga termasuk) kemudahan jaminan pinjaman PKS daripada bank sebanyak RM500 juta," katanya.


Anwar turut menjelaskan, peruntukan RM600 juta itu akan diagihkan kepada kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam bentuk dana pinjaman mikro dan kemudahan jaminan pinjaman.


Sebagai rekod, pada Febuari lalu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata, tumpuan kementeriannya adalah untuk fokus kepada usaha pembangunan usahawan di Sabah dan Sarawak.


Presiden UPKO itu berkata, hasrat itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, pegawai dan kakitangan kementeriannya bahawa tumpuan tambahan mesti diberikan kepada Sarawak dan Sabah tanpa perlu mengurangkan kos tambahan di seluruh negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page