Peruntukan JKOM pindahkan kepada usaha lawan Covid 19



Tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) meminda nama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) kepada J-KOM dan janji Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk mengurangkan peruntukan kepada agensi propaganda kerajaan itu tidak membawa apa-apa makna.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, sekiranya kerajaan PN benar-benar ikhlas untuk memfokuskan peruntukan kepada usaha memerangi Covid 19 maka pindaan Belanjawan 2021 hendaklah memansuhkan terus peruntukan RM85 juta kepada J-KOM.


"Apa yang boleh diharapkan kepada kerajaan tebuk atap ini? Memang tidak boleh dipercayai. Zaman Pakatan Harapan (PH) memerintah kita sudah batalkan tetapi kerajaan PN hidupkan semula dan ia ia dilihat sebagai propaganda untuk kerajaan sahaja.


"Fungsi JASA terbukti bertindih dengan kementerian sedia ada. Bayangkan JASA ada 30 kakitangan tetapi peruntukkannya sampai RM85 juta. Sepatutnya digunakan untuk tangani masalah Covid-19 ketika dan lihat keperluan yang lebih utama, bukannya membazir.


"Kalau betul PN kerajaan yang jujur dan ikhlas, batalkan terus JASA dan Zafrul tidak perlu meneruskan peruntukkan untuk JASA ini. Kerajaan tebuk atap hanya pandai menipu dan tidak logik untuk berlaku jujur," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Kata Azan lagi, rakyat yang bijak berfikir boleh menilai bagaimana Menteri Kewangan hanya mahu mempengaruhi pemikiran rakyat apabila menjanjikan pelbagai peruntukan tetapi dalam isu-isu pembaziran mereka tidak pula mahu membatalkan peruntukan.


"Zafrul umum peruntukkan untuk rakyat dan tujuan dia jawab di Parlimen hanyalah untuk mengambil hati rakyat. Dan tujuannya untuk kita (Ahli Parlimen PH) percaya dan bersama-sama meluluskan bajet itu.


"Zafrul memotong bajet untuk rakyat boleh, untuk tambah (bajet kesihatan) dia tak boleh. Dia tetap berdegil dengan angka dia," katanya sinis.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio