Peruntukan Jasa, Penggerak lebih baik digunakan untuk frontliners dan rakyat



Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir menyifatkan peruntukan Belanjawan 2021 untuk menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Penggerak Komuniti Negara (PeKT) dilihat sebagai satu kegagalan Perikatan Nasional (PN) dalam berkhidmat sebagai kerajaan persekutuan.


Beliau berkata, Jasa yang menerima sebanyak RM85.5 juta dan PEKT sebanyak RM8.6 juta dengan jumlah keseluruhan bernilai RM94.1 juta boleh digunakan untuk membantu pelbagai pihak yang lebih memerlukan peruntukan itu.


"Jika perbelanjaan untuk menghasut rakyat diteruskan, maksudnya kerajaan tidak dapat melaksanakan tugas dengan sempurna, mereka terpaksa mengupah pengampu dan tukang karut, kerajaan seolah-olah mengenepikan rakyat dan menzalimi mereka yang memerlukan.


"Jika diagihkan RM500 seorang seperti imbuhan frontliner kesihatan, kita mampu menyantuni 200,000 orang.


"Kita dapat bantu pemandu bas ekspres, bas persiaran, sekolah, kantin, peniaga kecil, tingkatkan elaun sukarelawan, bantuan sukarelawan polis yang kini masih RM6 sejam.


"Peruntukan itu juga boleh bantu mahasiswa untuk mengurangkan yuran pengajian, boleh bagi data percuma untuk ikuti pengajian atas talian dan pastikan PTPTN untuk tempoh dua tahun jangan kenakan faedah atau bunga," katanya di Dewan Rakyat.


Justeru, Akmal menggesa kerajaan supaya meminda Belanjawan 2021 sebelum ia diluluskan.


"Majoriti ahli parlimen bersetuju soal moratorium perlu ditambah baik dan ternyata belanjawan tidak akan diluluskan tanpa pindaan.


"Jadi kepada sahabat di blok kerajaan yang telah berhujah, jangan goyang, jangan jadi lalang bila ditawarkan ketua pengarah Jasa, kamu lupa soal rakyat.


"Kepada Perdana Menteri, sekiranya belanjawan gagal diluluskan, janganlah mencetuskan ketidaktentuan, mengugut rakyat dan memanggil darurat, dan lebih teruk nak heret kita dalam pilihan raya.


"Saya ingin nyatakan pendirian Angkatan Muda KEADILAN, bahawa kita akan terus mempertahankan rakyat dan memperjuangkan nasib anak muda," katanya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio