top of page

Peruntukan Covid-19 Tidak Sah Dibelanjakan Tanpa Kelulusan Parlimen?


Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang enggan membentangkan pakej ransangan Covid 19 di Parlimen.


Menurut beliau sudah 3 pakej diumumkan termasuk pakej PENJANA tetapi satu pun tidak dibahaskan. Katanya, Belanjawan 2020 telah pun diluluskan oleh Parlimen pada Disember 2019 lalu. Sekiranya peruntukan dalam belanjawan itu perlu diubahsuai atau digunakan untuk tujuan lain, perlu satu sesi parlimen yang lain mengubahnya.


Fuziah berpendapat tindakan kerajaan PN membelakangkan sesi parlimen akan menyebabkan peruntukan ransangan ekonomi Covid 19 tidak sah dibelanjakan.


Beliau membidas kerajaan PN kerana tidak mengikut jejak langkah negara-negara lain yang membahaskan peruntukan dan mendapatkan kelulusan Parlimen.


Fuziah memberi contoh Parlimen negara jiran Singapura yang berjaya membahaskan dengan baik dan meluluskan beberapa pakej ransangan ekonomi republik itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page