top of page

Peruntukan bantuan RM300,000 tidak wajar untuk keperluan asas sahaja - Sim Tze Tzin


Peruntukan RM300,000 oleh Kerajaan Persekutuan kepada setiap Parlimen untuk agihan bantuan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tidak sewajarnya terhad kepada pemberian keperluan asas sahaja.


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, rakyat yang memerlukan bantuan mempunyai masalah yang tidak sama mengikut lokaliti masing-masing.


"Kerajaan Pusat memberikan peruntukan sebanyak RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen. Akan tetapi peruntukan itu hanya untuk penyediaan 3,000 bakul makanan.


"Semua Ahli Parlimen perlu mematuhi peraturan dan garis panduan termasuk item barangan dapur yang telah ditetapkan oleh pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Hal ini telah menjadi topik perdebatan dalam kalangan Ahli Parlimen kerana keperluan setiap kawasan adalah berbeza. Sebagai contoh, apakah rasionalnya pemberian beras kepada penduduk yang memang merupakan pesawah padi?


"Maka persoalannya, adakah bantuan bakul makanan ini efektif atau releven? Atau seharusnya kita mempertimbangkan pemberian bantuan wang tunai agar para penerima bantuan dapat memanfaatkan wang tunai itu mengikut keutamaan masing-masing," kata Sim dalam kenyataan, hari ini.


Menurut Pengarah Strategi KEADILAN itu lagi, terdapat rakyat yang memerlukan bantuan seperti pampers, susu bayi atau duit untuk membayar bil utiliti, tunggakan sewa rumah, top up kad prabayar data telefon atau kenderaan yang akan ditarik oleh pihak bank.


Oleh itu, beliau telah bekerjasama dengan Dr David Benjamin Lim, seorang anak watan dari Pulau Pinang lulusan Stanford University, Amerika Syarikat untuk memulakan kempen bantuan yang lebih menyeluruh melalui kutipan derma di laman web: https://give.asia/campaign/2021-bayan-baru-food-drive#/


"Dengan cara ini kami berjaya mengumpulkan sumbangan derma lebih kurang RM20,000 melalui give.asia. Dr David percaya setiap penerima mempunyai masalah atau situasi yang berbeza, maka mereka memerlukan bantuan yang berbeza


"Setiap orang juga mempunyai kebijaksanaan untuk membuat keputusan terbaik untuk diri sendiri atau untuk keluarganya, lebih-lebih lagi ketika dalam keadaan terdesak ini," kata Sim.


Tambahnya, kutipan derma melalui tabung Give.Asia itu telah disalurkan kepada penerima yang layak setelah beberapa tapisan dan semakan dibuat. Penerima yang telah lulus akan menerima wang tunai sebanyak RM100 secara one off.


"Golongan penerima pertama ialah rumah anak yatim Peace Children Center di Pantai Jerejak dan Rumah Kebajikan Sri Cahaya di Batu Maung. Jumlah wang tunai yang diterima oleh anggota kedua-dua pertubuhan itu adalah sebanyak RM7,100.


"Kami percaya bantuan sebegini lebih efektif dan releven untuk memenuhi keperluan para penerima," katanya lagi.


Mengambil pengalaman tersebut, Sim berharap Kerajaan Pusat boleh memberi kelonggaran kepada peruntukan RM300,000 kepada Ahli Parlimen dan dibenar memberi bantuan mengikut keadaan dan keperluan rakyat setempat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page