top of page

Peruntukan baik pulih sekolah: ADUN berterima kasih kepada MB Selangor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 15
  • 1 min read

ree

Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua, Datuk Johan Abdul Aziz (gambar) merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari atas keprihatinan memastikan kemudahan pendidikan di negeri ini sentiasa berada dalam keadaan baik dan selesa untuk para pelajar.


Menurutnya, Kerajaan Negeri sudah meluluskan peruntukan berjumlah RM60,000 di bawah program Bantuan Sekolah Negeri bagi kerja-kerja membaik pulih empat buah sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua dan DUN Semenyih.


"Bagi DUN Dusun Tua, sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid dan Sekolah Kebangsaan Dusun Tua," katanya dipetik.


Difahamkan bagi DUN Semenyih, dua sekolah yang terpilih menerima peruntukan tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching dan Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari.


"Saya amat menghargai keprihatinan Menteri Besar yang sentiasa mengambil berat keadaan sekolah-sekolah di negeri ini. Langkah ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan kemudahan pendidikan sentiasa dalam keadaan baik demi keselesaan anak-anak kita," tambahnya.


Menurut Johan, penyerahan cek dijangka dibuat dalam masa terdekat bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dimulakan segera.


Kerja baik pulih akan menumpukan membaiki infrastruktur, longkang serta bumbung yang uzur bagi memastikan suasana sekolah lebih selesa untuk murid dan guru.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page