top of page

Peruntukan asal darurat benarkan Parlimen bersidang?



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dinasihatkan agar melaksanakan darurat mengikut semangat sebenar Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang disyorkan Suruhanjaya Reid.


Pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari berkata bahawa laporan Reid, iaitu asas kepada Perlembagaan mensyorkan darurat hanya untuk menjaga keselamatan rakyat dan kerukunan kehidupan berdemokrasi.


"Saya hendak katakan di sini, apa yang disebut oleh Suruhanjaya Reid dalam perakuan mereka yang dikemukan tentang Perlembagaan yang memberikan latar belakang kepada peruntukan 150 Darurat, ia hanya ditujukan untuk menjaga keselamatan negara dan memelihara kerukunan demokrasi


"Para 175 disebutkan di situ, Parlimen mesti dipanggil sesegera mungkin. Jelas bahawa Ordinan Darurat yang dibuat pentadbiran Muhyiddin (2021) telah pun melanggar ideal atau saranan Suruhanjaya Reid.


"Saya nampak bahawa ada ruang untuk mempertikaikan Ordinan Darurat ini dan mungkin perisytiharan itu sekali.


"Oleh kerana kita melihat asas peruntukan darurat yang disyorkan ialah menjaga negara dan mempertahankan kehidupan secara demokratik, kalau apa yang dilakukan (sekarang ini) menggantung Parlimen atau melibatkan kuasa Agong dilumpuhkan, kita boleh bayangkan apa yang sedang berlaku," katanya dalam sesi siaran langsung Facebook malam tadi.


Menurut Dr Aziz lagi, Suruhanjaya Reid turut menegaskan bahawa dalam keadaan darurat Parlimen dibenarkan bersidang bagi merangka undang-undang menangani situasi berkenaan, bukannya menggantung perjalanan Parlimen.


"Kita harus tidak melupakan laporan Reid, Parlimen harus dipanggil secepat mungkin membincangkan ordinan itu. Ada disebutkan dalam ordinan (2021) akan dipanggil tetapi tak tahu bila?


"Saya tidak nampak mengapa tidak boleh dipanggil sekarang. Ini bukan soal pertikai Agong atau tidak mempedulikan betapa kroniknya pandemik Covid 19. Isunya mengapa takut sangat nak panggil Parlimen bersidang?


"Soal dia (PN) nak adakan pilihan raya umum selepas Covid itu hal lain, yang menjadi persoalan mengapa kuasa keharusan memangggil Parlimen itu dilumpuhkan? Apa yang dia takutkan? Kalau pentadbiran benar-benar ikhlas tidak harus perkara ini berlaku," katanya lagi.


Dengan hanya semata-mata berpegang kepada Ordinan Darurat tanpa meneruskan fungsi Parlimen, kata Dr Aziz lagi, maka darurat boleh terdedah kepada pelbagai penyalahgunaan kuasa, termasuk kerajaan semasa akan menggunakan ordinan itu untuk memerintah dalam tempoh yang panjang tanpa dipersoalkan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page