Peruntukan ahli Parlimen boleh ditangani jika Parlimen benar-benar bebas


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menyifatkan peruntukan ahli Parlimen boleh diselesaikan sekiranya Parlimen benar-benar bebas.


Beliau berkata, peruntukan ahli Parlimen tidak sepatutnya berada di bawah Jabatan Perdana Menteri sehingga terpaksa memohon dana dari Kementerian Kewangan.


"Jadi saya amat mengalu-alukan kerajaan untuk mengusahakan dan kami akan sokong supaya Parlimen benar-benar bebas daripada pihak eksekutif.


"Tidak lagi jadi rubber stamp mengikut telunjuk oleh pihak kerajaan, Parlimen perlu bebas, maka boleh letakkan jumlah peruntukan untuk semua ahli Parlimen dan saya rasa itu jalan yang terbaik," katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.


Dalam pada itu, Fahmi berkata ahli Parlimen turut berdepan masalah kekangan data pandemik Covid-19.


"Banyak angka tidak jelas, tidak ada perincian dan polemik tentang angka kematian.


"Kita dimaklumkan melalui Covidnow dibawah KKM, angka yang ratusan meninggal setiap hari bermaksud telah disahkan setiap hari tidak bermaksud jumlah itu meninggal dunia.


"Apa yang tidak sebut dengan jelas dalam laman web dan data diterbit ada jumlah rakyat Malaysia atau bukan warganegara tapi meninggal di Malaysia tetapi tidak dapat disahkan sama ada meninggal sebab Covid-19 atau tidak.


"Angka kabur, oleh sebab itu seakan memberi bayangan keadaan tidak begitu serius tapi sebenarnya masih serius jadi mohon Menteri beri penjelasan, adakah beliau akan mengusahakan data-data lebih terperinci kalau boleh ikut kawasan Parlimen, kami nak tahu berapa ramai meninggal dunia.


"Sebelum ini ada angka dan umur yang meninggal dunia tapi hari ini tidak ada," katanya.


Dr Lee Boon Chye yang mencelah turut mengatakan ada beberapa perkara yang seharusnya dikongsikan dengan orang ramai.


"Data berkenaan individu yang telah terima vaksin dan kadar kematian mereka.


"Kedua, kadar kematian akibat reinfection atau mereka yang pernah kena Covid-19 pertama kali dan kena kali kedua, apa kadar kematian.


"Mereka yang ada antibodi Covid-19 tetapi kena Covid-19 sekali lagi dan kadar kematian sekiranya ada data-data berkenaan kita akan tahu kadar kematian seterusnya di kalangan mereka yang telah vaksin dan telah terdedah Covid-19.


"Dengan ini, kita akan dapat jangka atau unjurkan kedudukan pandemik sekarang dan boleh buat keputusan berkenaan pembukaan ekonomi berdasarkan sains," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER