Perubahan iklim jangan dipersalah hanya negara maju, pastikan urustadbir, peruturan dipatuhi - Anwar
- Suara Keadilan

- Sep 5, 2022
- 2 min read

Isu perubahan iklim tidak boleh hanya dibebankan kepada negara industri maju sahaja.
Hal itu ditekankan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Simposium Perubahan Iklim 2022 di Dewan Bankuet Parlimen Malaysia, petang ini.
Katanya, negara maju memang perlu membayar pampasan namun bagi kerosakan alam sekitar namun negara membangun juga perlu menangani isu tersebut terutama di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan, Kerajaan Negeri atau Persekutuan yang biasanya memihak kepada konglomerat untuk memajukan sesuatu projek pembangunan.
"Saya tidak bersetuju dengan pendekatan kesalahan besar dibebankan kepada mereka (negara maju). Memang mereka harus menanggung ganti rugi tetapi ada hal yang mesti kita lakukan untuk mengelak daripada permasalah yang kita tanggung di negara kita.
"Pakistan satu contoh besar, kalau pun ada kesalahannya, tidak ketimbang dilakukan negara industri. Tetapi ribuan rakyat terkorban. Jutaan rakyat menjadi mangsa dan negara terpaksa menanggung ratusan bilion dollar kerugian.
"Tidak bermakna negara membangun tidak terlepas daripada ketamakan nafsu serakah mengaut keuntungan, dasar pembangunan itu (biasanya) ditentukan konglomerat maha kaya dan tidak memperdulikan nasib rakyat bawahan
"Bagi saya konsep akauntabiliti (dalam urustadbir) harus kekal dan menjadi pokok. Jika tidak, tanpa kepedulian ini ramai menanggung beban," katanya.

Di sisi lain, Ahli Parlimen Port Dickson itu memuji Spekaer Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun yang bersetuju simposisum berkenaan dianjurkan di atas platform Parlimen yang bi-partisan, dan bukannya jabatan kerajaan yang punya banyak kekangan membincangkan hal sensitif.
"Kita bicarakan soal perubahan iklim ini kerana faham kehidupan manusia itu sensara akibat kerusakan yang dibuat generasi terdahulu atau generasi ekarnag
"Pertama isu perubahan iklim ini bukan sahaja isu yang perlu dibahaskan oleh persatuan tertentu atau Kementerian, ia harus meningkatkan kesedaran atau kefahaman yang lebih meluas di kalangan rakyat
"Sebab itu saya ambil inisiatif ini yang bi-partisan. Saya tak boleh katakan ini non-policital kerana isu isu yang disentuh ini terkait dengan dasar negara.
"Keduanya, adalah untuk mempastikan perbahasan itu harus menyentuh dasar dan masa depan negara.
"Harus mengajak kita membahaskan isu kemampanan yang harus beralih daripada pengertian konvensional dan biasa. Terikat hanya dari segi politik dan ekonomi dan pertumbuhan tetapi tidak dikaitkan isu alam sekitar, kemanusiaan, kasih sayang di antara manusia.
"Kalau dua perkara itu dapat kita bahaskan maka isu perubahan iklim ini dilihat dari isu dasar yang lebih meluas. Juga orang politik menjelang pilihan raya, pentadbiran, dasar baharu, kenderaan elektrik (misalnya), semua ini baik dan harus disokong tetapi bila perlaksanaan, tanpa urustadbir baik, wang itu akan dirompak sebahagian besarnya sebagaimana telah berlaku," katanya lagi.
Selain itu, Anwar turut mengkritik urustadbir yang melibatkan pelangai agensi kerajaan yang dilaporkan mengalami ketirisan.
Katanya, peruntukan tambahan boleh diberi untuk perubahan iklim dan memperbaiki alam sekitar tetapi sekiranya ketirisan terus berlaku maka tidak banyak masalah mampu diselesaikan.




Comments