Spekulasi peralihan kuasa kerajaan semakin bertiup kencang apabila Pakatan Harapan (PH) memberi bayangan bahawa perubahan besar akan berlaku dalam masa terdekat.
Selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, PH yang diwakili KEADILAN, DAP dan AMANAH tidak berhenti-henti mengadakan pertemuan, sama ada di ibu pejabat parti atau di rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peletakan jawatan Datuk Shahruddin Salleh selaku Timbalan Menteri Kerja Raya menguatkan lagi khabar angin tersebut.
Namun, spekulasi menjadi semakin nyata apabila media sosial rasmi PH mengeluarkan kenyataan mengenai perubahan kerajaan.
"Pimpinan utama Pakatan Harapan telah bertemu malam ini dan mengulangi komitmen untuk bersama mengukuhkan Pakatan Harapan dalam membuat setiap keputusan dan tindakan politik.
"Pakatan Harapan akan membuat semua keputusan berasaskan konsensus.
InshaAllah perubahan besar dalam masa terdekat," kata kenyataan PH di akaun media sosialnya.
Malah, akaun Facebook milik Anwar turut berkongsi kenyataan tersebut, seolah-olah bersetuju bahawa perubahan akan berlaku tidak lama lagi.
Comentarios