top of page

Peru sesuai jadi pintu masuk produk halal Malaysia ke Amerika Selatan - PM



Lawatan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Peru yang bermula semalam sempena menghadiri sidang Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-31 membuahkan hasil untuk membuka laluan eksport produk halal Malaysia ke benua Amerika Selatan.


Menurut Anwar, pertemuannya dengan Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra di Istana Kerajaan di Lima telah di antaranya membincangkan urusan membawa masuk produk halal berkenaan ke Peru.


"Dalam pertemuan ini kami berdua membincangkan peluang kolaborasi ekonomi antara kedua-dua negara selain Kerjasama Selatan-Selatan.


"Malaysia membayangkan untuk menubuhkan ekosistem halal di Peru dengan memanfaatkan pembangunan Pelabuhan Chancay sebagai laluan strategik untuk mengeksport produk halal negara menembusi pasaran Amerika Latin.


"Malaysia sedar kepentingan pelabuhan yang baharu dibangunkan ini dan berharap dapat menyumbang kepada pembangunan infrastruktur di pelabuhan tersebut.


"Juga dibincangkan adalah soal kerjasama dalam bidang pertanian dan sekuriti makanan," kata Anwar di Facebook.


Tambah PM, beliau dan Presiden Peru turut berkongsi aspirasi yang sama dalam soal memerangi rasuah dan memperbaiki tatakelola di negara masing-masing.


"Saya juga mempelawa Presiden Boluarte dan delegasi Peru mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia tahun depan," ujarnya.


PM dan Presiden Boluarte kemudiannya menyaksikan pertukaran tiga Memorandum Persefahaman (MoU), iaitu antara Halal Development Corporation (HDC) dan Suruhanjaya Penggalakan Eksport dan Pelancongan Peru (PROMPERU).


MoU kedua pula berhubung kerjasama pertanian antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Institut Inovasi Pertanian Negara (INIA) manakala MoU ketiga antara Taylor’s University dan Pusat Latihan Pelancongan Peru (CENFOTUR) mengenai kerjasama dalam gastronomi dan hospitaliti.


"Saya optimis hubungan Malaysia dan Peru akan berkembang pesat dengan pelbagai kerjasama antara kedua-dua negara," kata Anwar lagi.


Hari ini PM akan menghadiri sidang APEC bersama negara negara anggota yang terdiri daripada Amerika Selatan dan rantau Amerika Utara yang berada di sepanjang pesisir lautan Pasifik.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page