Pertumbuhan ekonomi suku ketiga memberansangkan 5.2%
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga 2025 pada kadar 5.2%.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, angka berkenaan telah mengatasi unjuran terbaik (best case projection) sebelum ini iaitu 4.8%.
Beliau menjelaskan, angka yang diumumkan sebelum ini hanyalah anggaran, namun pengesahan hari ini menjadikannya ia rasmi.
"PMX juga telah memaklumkan antara sektor yang mencatatkan pertumbuhan KDNK paling tinggi dan paling memberangsangkan ialah sektor perkhidmatan iaitu hampir 9% dan pembinaan hampir 12%.
"Ini membuktikan keadaan pertumbuhan ekonomi dalam negara kita berada dalam kedudukan yang baik, di landasan yang betul dan terus mencatatkan pertumbuhan yang cukup baik," katanya.
Fahmi memaklumkan perkara itu dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet yang diadakan di Putrajaya hari ini.









Comments