top of page

6.3% pertumbuhan ekonomi suku keempat 2025, atasi jangkaan awal

  • 2 hours ago
  • 1 min read

Datuk Fahmi dalam sidang media rakaman langsung FB menyatakan peningkatan pertumbuhan ekonomi
Datuk Fahmi dalam sidang media rakaman langsung FB menyatakan peningkatan pertumbuhan ekonomi

Kerajaan memaklumkan prestasi pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2025 mencatatkan pencapaian lebih baik daripada jangkaan awal, sekali gus mencerminkan pemulihan dan pengukuhan asas ekonomi negara.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, hasil Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dimaklumkan bahawa Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengeluarkan angka terkini prestasi ekonomi yang menunjukkan pengukuhan pertumbuhan.


"Hasil mesyuarat Jemaah Menteri pada pukul 12 (tengah hari) pihak DOSM telah mengeluarkan angka terkini (pertumbuhan ekonomi) bagi tahun 2025.


"Ini merupakan satu pencapaian yang cukup positif, apa yang dimaklumkan kepada Jemaah Menteri pertumbuhan sebenar bagi suku keempat 2025 bukan 5.2 peratus, tetapi 6.3 peratus," katanya dalam sidang media di Putrajaya, tengah hari tadi.


Sehubungan itu, katanya, secara keseluruhan bagi tahun 2025, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah meningkat daripada unjuran awal 4.9 peratus kepada 5.2 peratus.


"Angka ini juga lebih tinggi berbanding KDNK tahun 2024 iaitu 5.1 peratus," kata beliau.


Fahmi berkata, antara sektor yang menyumbang pertumbuhan paling tinggi ialah sektor pembinaan yang mencatatkan peningkatan sebanyak 11 peratus.


Dalam masa sama, Jemaah Menteri turut dimaklumkan bahawa kedudukan pasaran saham negara berada pada paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun, manakala nilai ringgit kini berada dalam kelompok 10 mata wang terbaik di Asia.


Beliau turut menyatakan bahawa kadar inflasi kekal rendah pada 1.4 peratus, manakala defisit fiskal berada pada kadar 3.7 peratus, lebih baik daripada sasaran 3.8 peratus yang ditetapkan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page