top of page

Pertumbuhan ekonomi, naik taraf hidup rakyat keutamaan Belanjawan 2027

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
41 minutes ago
1 min read
Datuk Seri Dr Zaliha dalam perbahasan peringkat dasar RUU Perbekalan (Belanjawan) 2027 di Dewan Rakyat
Datuk Seri Dr Zaliha dalam perbahasan peringkat dasar RUU Perbekalan (Belanjawan) 2027 di Dewan Rakyat

Pertumbuhan ekonomi negara perlu diterjemahkan kepada peningkatan taraf hidup rakyat, khususnya dari segi pendapatan, kuasa beli dan peluang pekerjaan berkualiti demi memastikan kemajuan yang dicapai tidak sekadar terhenti pada angka ekonomi makro.


Demikian kata Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa ketika menyampaikan perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2027 di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata, Malaysia mempunyai aspirasi untuk muncul sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dengan ekonomi yang lebih berdaya saing serta berupaya mendepani cabaran global.


Namun ujarnya, kemajuan itu perlu seiring dengan peningkatan kesejahteraan rakyat.


"Kita perlu mengakui bahawa Kerajaan MADANI pada hari ini telah menunjukkan kemajuan dalam usaha memperkukuh asas ekonomi dan kedudukan fiskal negara.


"Belanjawan 2027 ini sendiri mengunjurkan pertumbuhan ekonomi antara 4.2 hingga 5.2% dengan sasaran defisit fiskal terus menurun kepada 3.3% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


"Ini memberikan gambaran bahawa usaha konsolidasi fiskal dan pembangunan struktur ekonomi yang dilaksana oleh kerajaan sedang diteruskan secara berdisplin meskipun kita masih lagi berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global," katanya yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).


Menurut Dr Zaliha yang juga Naib Presiden KEADILAN, beliau berpandangan bahawa pencapaian ekonomi secara makro itu juga perlu dinilai bersama keadaan sebenar yang dihadapi oleh rakyat di negara ini.


"Kita boleh mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik, peningkatan pelaburan dan juga kedudukan fiskal yang semakin mengkukuh.


"Persoalannya, sejauh manakah perkembangan ini diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan sebenar, kuasa beli, peluang pekerjaan berkualiti dan kemampuan rakyat untuk membina kehidupan yang lebih terjamin," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page