top of page

Perkataan “lighad”: KEADILAN Hulu Terengganu lapor polis terhadap Eric See-To

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
29 minutes ago
1 min read
Puan Eka membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu
Puan Eka membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu

Ketua Cabang KEADILAN Hulu Terengganu, Eka Lisut membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook Eric See-To berhubung komen kontroversi berkaitan petikan Surah al-Hashr ayat 18 yang dibacakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027.


Eka berkata, laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu susulan komen yang didakwanya tidak menjaga sensitiviti umat Islam.


Menurutnya, komen berkenaan menyentuh perkataan “lighad” yang merupakan sebahagian daripada petikan ayat al-Quran ketika digunakan Anwar dalam pembentangan belanjawan itu.


Beliau mendakwa perkataan berkenaan telah dikaitkan dengan perkataan berunsur seksual untuk tujuan sindiran politik.


"Perbuatan mengaitkan kalimah al-Quran dengan perkataan berunsur seksual untuk tujuan sindiran politik adalah satu penghinaan terhadap Islam dan telah melangkaui batas kebebasan bersuara," katanya dalam kenyataan.


Sehubungan itu, beliau mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat perkara berkenaan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan.


"Saya menyeru PDRM dan MCMC untuk segera menyiasat Eric See-To di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Akta Hasutan kerana menyentuh sensitiviti 3R," katanya.


Beliau turut menuntut supaya individu berkenaan mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka tanpa syarat kepada seluruh umat Islam di negara ini.


Menurut Eka, KEADILAN Cabang Hulu Terengganu turut mengecam komen yang dikaitkan dengan pemilik akaun itu dan menegaskan perbezaan politik tidak seharusnya menjadi alasan untuk mengetepikan sensitiviti agama.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page