Pertumbuhan ekonomi 7.5%, Menteri Kewangan tidak berpijak di bumi nyata?



Unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.5% untuk tahun 2021 yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan menimbulkan tanda tanya sama ada ia mampu dicapai atau hanya 'cakap-cakap politik' menyedapkan hati rakyat.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir, pertumbuhan setinggi itu sukar dibayangkan lebih-lebih lagi pada tahun lalu ekonomi telah menuncup -5.6%.


Katanya, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz harus berpijak di bumi nyata sebelum mengeluarkan kenyataan agar ekonomi Malaysia boleh bertindak balas mengikut kemampuan negara.


"Sudah pasti dengan penyusutan KDNK -5.6% pada tahun 2020 tidak memungkinkan suatu lonjakan luar biasa KDNK untuk tahun 2021 kepada 6.5% - 7.5% seperti yang dibentang oleh Menteri Kewangan dalam Laporan Tinjauan Ekonomi 2021.


"Menteri Kewangan digesa berpijak di bumi nyata, bersikap jujur dan telus dalam membentangkan angka-angka ekonomi. Usah terpalit dengan permainan politik demi memberi imej baik kepada Perikatan Nasional yang akan mengelirukan dan memperdaya rakyat," katanya dalam satu kenyataan.


Sikap tidak telus berkenaan menurut Akmal telah ditunjukkan oleh Kementerian Kewangan berdasarkan unjuran yang dibuat dalam Laporan Tinjauan Ekonomi 2020. Laporan itu menjangkakan penyusutan hanya sekitar -4.5% sedangkan ketika itu Malaysian Rating Corp Bhd (MARC) telah menyasarkan penguncupan lebih besar sekitar -5.7 peratus.


"Amat kontradik apabila unjuran yang kerajaan bentangkan jauh menyimpang dari realiti semasa, namun kerajaan berterusan mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat tidak perlu bimbang dan ekonomi negara berada di landasan tepat fasa pemulihan.


"Melihat kepada beberapa laporan tahun 2020 yang menunjukkan kemerosotan dalam Pelaburan Langsung Asing (FDI) di mana Malaysia hanya mampu menarik AS$2.5 bilion iaitu kemerosotan 68 peratus serta ditambah dengan penurunan penarafan kewangan oleh Fitch Rating dari A- kepada BBB+, secara tidak langsung ia akan menyumbang kepada lonjakan terhadap hutang negara, yang pastinya akan memberi kesan yang jauh lebih mencengkam (kepada pertumbuhan)," katanya.


Sehubungan itu, Akmal menyeru agar Kementerian Kewangan mengamalkan budaya ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam mengurus ekonomi. Katanya, kerajaan Perikatan Nasional perlu lebih berwibawa dalam menghadapi penyusuan ekonomi kedua terburuk sejak krisis kewangan Asia 1998.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER