top of page

Pertukaran guru selepas dua tahun berkhidmat inisiatif baik - Nurhidayah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 17 minutes ago
  • 1 min read


Inisiatif pertukaran guru selepas dua tahun berkhidmat tanpa syarat merupakan perkara yang amat baik diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sempena Hari Guru semalam.


Ketua Wanita KEADILAN Balik Pulau, Nurhidayah Che Rose berkata, pengumuman itu satu merupakan perkembangan positif dalam memastikan kebajikan guru terus diberi perhatian, khususnya kepada guru-guru yang telah lama berkhidmat dan berjauhan dari keluarga.


"Pelaksanaan dasar ini diyakini mampu memberikan kelegaan kepada para guru serta meningkatkan kesejahteraan dan motivasi mereka dalam menjalankan tugas mendidik anak bangsa.


"Sebagai Ketua Wanita KEADILAN Balik Pulau merangkap calon Exco Wanita Pusat, saya menyokong penuh usaha ini dan menyeru agar pelaksanaannya dijalankan secara telus dan adil, dengan mengambil kira keperluan sebenar warga pendidik di seluruh negara," kata calon Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat itu.


Menurutnya Wanita KEADILAN Balik Pulau juga merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh warga pendidik atas jasa dan pengorbanan mereka.


"Semoga usaha murni mereka menjadi titik tolak kepada penambahbaikan berterusan dalam sistem pendidikan negara," katanya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page