top of page

Pertuduhan Musa Aman ditarik balik: Perasuah bebas dibawah PN


Keputusan mahkamah untuk melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mengejutkan ramai pihak, walaupun berhadapan dengan banyak pertuduhan salah laku rasuah.


Apa yang mengejutkan sebenarnya adalah tindakan pihak pendakwaan menarik balik kesemua 46 pertuduhan dalam kedua-dua kes yang dihadapi Musa, bukannya kerana didapati tidak bersalah.


Setiausaha politik kepada Lim Kit Siang, Syahredzan Johan yang juga merupakan seorang peguam mengesahkan Musa akan bebas begitu sahaja.


"Tak boleh didakwa lagi. Kalau ada bukti baharu pun tak boleh didakwa," katanya.


Musa didakwa sejak dua tahun lalu, apabila menghadapi 30 pertuduhan, sebagai ejen kerajaan negeri Sabah iaitu Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, telah secara rasuah memperoleh untuk diri sendiri, suapan daripada lapan pemilik konsesi balak berjumlah US$50.1 juta.


Beliau juga menghadapi 16 pertuduhan wang haram iaitu secara tidak langsung membabitkan diri dalam pengubahan wang haram daripada beberapa individu.


Ia boleh dianggap sebagai pengkhianatan besar kepada rakyat, yang selama ini sememangnya mahu melihat penerima dan pemakan rasuah dihukum kerana menyalahgunakan kedudukan, jawatan dan dana awam.


"Masyarakat akan menerima azabnya apabila rasuah dihargai dan kejujuran mengorbankan diri," kata Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara ringkas di media sosial.


Ahli Parlimen Kangar, Amin Ahmad berkata, pembebasan itu bukan sahaja sebagai sogokan untuk terus menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malah ia adalah permulaan kepada gerakan merampas Sabah dari Pakatan Harapan (PH).


"Pembebasan Musa Aman secara politiknya boleh dibaca sebagai usaha memastikan anak beliau (Yamani Hafez Musa) terus kekal menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan pengaktifan kod usaha merampas kembali Sabah," katanya di Twitter.


Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata keputusan tersebut secara tidak langsung memberi harapan kepada pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang mempunyai kes-kes mahkamah dan mereka akan turut sama terlepas daripada sabitan tidak lama lagi.


"Riza Aziz terlepas dan Musa Aman dibebaskan oleh mahkamah untuk kes-kes pengubahan wang haram dan rasuah. Kalau tunggu lama lagi, Najib, Zahid dan konco-konco UMNO juga bebas," katanya di Facebook.


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata pembebasan Musa dan Riza Aziz hanya boleh berlaku di bawah pentadbiran PN yang diketuai Muhyiddin.


"Demi menjadi PM...semua boleh dirunding. Bukan di Malaysia tetapi di Negara Pasir Berdengung yang diperintah oleh kerajaan tebuk dinding kerana tidak ada pintu belakang.


"Bebas 46 tuduhan. Semua 46 tak ada kes? Pelik bin Ajaib. Hari tu Riza, sekarang Musa Aman, lepas ini? Bosku?" katanya di Twitter.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page