top of page

Pertubuhan INSAF bersama Ahli Parlimen Wangsa Maju, pimpinan KEADILAN raikan anak yatim



Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfiti tahun ini di Parlimen Wangsa Maju tidak melupakan golongan tidak bernasib baik.


Menurut Pegawai Khas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Andre Lai (gambar, berbaju biru), perayaan kali ini memberi peluang KEADILAN Cabang berkenaan bersama Ahli Parlimen Datin Paduka Dr Tan Yee Kew serta Timbalan Pengerusi MPN, Onn Abu Bakar menghadiri majlis meraikan anak yatim dalam jamuan Aidilfitri yang dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Insaf Malaysia Technical Relief (INSAF)


"INSAF banyak membantu kami di Wangsa Maju ketika musim pandemik. Mengedarkan bakul makanan dan menyantuni golongan yang memerlukan. Mereka (INSAF) turut menaja Lunch Box dan bakul makanan ketika itu," kata Andre.


Dr Tan (kanan sekali) bersama pengurusan anak rumah anak yatim

Dalam majlis berasingan, Ahli Parlimen Dr Tan Yee Kew meluangkan masa bersama anak-anak di Teratak Ummi, Taman Melewar.


Beliau turut menyumbangkan RM 1,000 untuk mereka menganjurkan Majlis Rumah Terbuka di Teratak Ummi.


"Lama tidak berjumpa dengan Ummi, saya juga sempat meminta Ummi menulis kepada pejabat saya untuk bantuan-bantuan lain," kata Dr Tan menerusi hantaran Facebooknya.


Bagi Andre, Hari Raya yang bebas daripada Perintah Kawalan Pergerakan tahun ini benar benar meriah dan menggembirakan golongan tidak bernasib baik.


"Aidilfitri ini disambut meriah bukan saja orang Melayu (muslim) tetapi semua rakyat Malaysia kerana akhirnya kita semua dapat berjumpa semula dan menyambung silaturahim kembali.


"Kesempatan ini juga kita gunakan untuk menyantuni golongan yang tidak bernasib baik seperti anak-anak ini,” katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page