top of page

Pertimbangan PM dalam isu pengeluaran KWSP rasional - Penganalisis



Pertimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencari jalan lain yang lebih berkesan membantu mengatasi isu kewangan rakyat berbanding membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) satu keputusan rasional, kata penganalisis ekonomi.


Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff yang merupakan Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS) mengakui penjelasan Anwar bahawa pencarum tidak lagi mempunyai simpanan mencukupi adalah berasas.

"Hakikatnya majoriti besar pencarum KWSP sudah tidak mempunyai lagi wang yang mencukupi untuk persaraan. Malah, ramai kalangan pencarum terutamanya kaum bumiputera tidak lagi mempunyai simpanan yang tinggi, hanya kurang daripada RM10,000.


"Kalau kita lihat yang mempunyai caruman kurang daripada RM1,000 pun amat tinggi peratusannya.

"Oleh itu, inisiatif ataupun program lain harus difikirkan untuk membantu golongan ini tanpa menjejaskan caruman untuk persaraan mereka," katanya dipetik


Anwar ketika mengulas gesaan supaya pentadbirannya membenarkan pengeluaran secara one-off antara RM10,000 hingga RM30,000 wang caruman itu menegaskan beliau tidak mahu sewenangnya membenarkan perkara tersebut.


Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaskan semakan mendapati jumlah baki dimiliki pencarum sangat kecil setelah beberapa kelulusan untuk pengeluaran diberikan sebelum ini.


Keputusan membenarkan pengeluaran sekali lagi wang caruman itu tegasnya akan menyebabkan jaminan kewangan pencarum akan terjejas.


Sementara itu, Dr Ahmed ketika mengulas Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mula diagihkan semalam berkata, ia satu pendekatan yang wajar dan perlu diteruskan bagi membantu golongan kurang berkemampuan, rentan dan mudah terjejas.


Dengan adanya bantuan seperti itu, katanya, akan memudahkan rakyat dalam kategori berkenaan meneruskan kehidupan dalam situasi peningkatan kos sara hidup yang semakin mencabar.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page