top of page

Pertimbang semula pembinaan insinerator di Batu Arang



Cadangan pembinaan insinerator di kawasan Batu Arang dalam DUN Kuang yang dibantah penduduk sejak kebelakangan ini telah beberapa kali disuarakan oleh Ahli Dewan Negeri Rawang, Chua Wei Kiat dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen.


Bagi Wei Kiat, insinerator tidak sesuai dibina di kawasan tersebut kerana kepadatan penduduk dan beliau telah memohon bertemu Ketua Pegawai Eksekutif KDEB bagi tujuan memahami projek WTE tersebut pada Julai lalu.


"Lokasi di tengah kawasan antara Bandar Tasik Puteri, Batu Arang dan Kota Puteri. Kawasan kediaman yang berhampiran termasuk M Residence dan Bandar Seri Coalfields.


"Saya dan YB William Leong telah menyatakan pandangan kami bahawa lokasi tersebut tidak sesuai untuk membina loji lupusan sampah disebabkan isu pencemaran industri dan kemasukan lori sampah ke kawasan ini.


"Awal bulan Ogos, William Leong telah menulis surat secara rasmi atas pembinaan insinerator di kawasan Batu Arang itu dan memohon untuk mencari kawasan yang lebih sesuai," kata Wei Kiat dalam kenyataan.


Tambah Timbalan Ketua Penerangan KEADIILAN Malaysia itu, sewaktu kempen Pilihan Raya Negeri lalu pun beliau telah beberapa kali menyata pandangan dan bantahannya terhadap pembinaan WTE tersebut dalam program ceramah bersama Menteri Besar Selangor dan turut menghantar surat secara rasmi sebagai calon DUN atas perkara berkenaan.


"Sehingga kini (berdasarkan rekod) masih tiada insinerator yang mempunyai success story di Malaysia. Tidak adil bagi meletak penduduk Rawang dan Kuang dalam keadaan yang mempunyai risiko tinggi dan kediaman terjejas dengan pencemaran. Tambah pula faktor Batu Arang merupakan kawasan warisan lombong arang batu, keselamatan pembinaan kilang tersebut menjadi kekhuatiran bagi penduduk setempat.


"Selepas kerajaan Selangor baru wujud, saya akan bawa suara penduduk kepada barisan pemimpin kerajaan," katanya lagi.


Baru baru ini lebih 20 persatuan mewakili penduduk di Batu Arang, Kota Puteri, Kundang, Bandar Tasik Puteri dan Bandar Country Homes membantah cadangan projek membangunkan insinerator di Lot 3847 itu. Alasan mereka kerana insinerator tersebut berdekatan dengan kediaman penduduk.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page