top of page

Pertimbang Gugur Taraf pelajar UiTM gagal bayar yuran - MKM



Mahasiswa KEADILAN Malaysia (MKM) menggesa isu Gugur Taraf pelajar Universiti Institut Teknologi Malaysia (UiTM) akibat terlepas tarikh akhir membayar yuran baru-baru ini diselesaikan oleh kerajaan secara penuh prihatin.


Menurut Pengarah Komunikasi MKM, Muhammad Iqbal Harraz Mohd Yaakob, pihak UiTM dalam hal tersebut dicadangkan supaya mengembalikan semula polisi pembayaran pada waktu era Perintah Kawalan Pergerakan, iaitu yuran boleh dibayar pada hujung semester.


"Hal ini kerana tahun 2023 merupakan tahun yang amat mencabar dengan masalah inflasi dunia dan kos sara hidup. Tarikh pembayaran pada akhir semester memberi ruang kepada pelajar untuk mengumpul duit untuk membayar yuran.


"Bukan itu sahaja, kami juga sedar bahawa terdapat masalah komunikasi di mana hebahan tarikh akhir pembayaran itu tidak disebarkan secara meluas.


"Perkara ini boleh dilihat apabila terdapat sejumlah pelajar yang besar yang tidak sempat membuat pembayaran yuran pengajian kerana tidak sedar atau mengetahui tentang maklumat tersebut. Oleh itu, penambahbaikan komunikasi antara mahasiswa perlu ditingkatkan," katanya dalam satu kenyataan.


MKM juga, katanya mahu UiTM menghapuskan denda untuk memohon Rayuan Pembatalan Gugur Taraf (RPGT). Hal itu, katanya kerana jumlah bayaran yang terlalu tinggi mencecah RM200.


"Dengan keadaan pertama kali UiTM kembali ke polisi tempoh pembayaran asal, sewajarnya universiti memahami bahawa pelajar memerlukan tempoh untuk membiasakan diri dalam kembali kepada keadaan asal.


"Sewajarnya denda-denda sebegini tidak dikenakan untuk kali ini," ujarnya


UiTM pada era Malaysia Madani, kata Iqbal lagi, perlu lebih berbelas ihsan dan mengutamakan isu membantu Bumiputera dan melepaskan pelajar yang dalam kesempitan. Lebih-lebih lagi sewaktu mahasiswa sedang sibuk meraikan perayaan pada bulan Syawal.


"Kami berharap akan ada penambahbaikan mengenai masalah yuran yang dihadapi pelajar di UiTM ini dan berharap perkara ini tidak akan berulang lagi di semester hadapan.


"UiTM perlu bersifat lebih empati, manusiawi dan memahami kepayahan mahasiswa," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page