top of page

Pertikai rumah terbuka 6 negeri: PN berfikiran sempit



Pemimpin Perikatan Nasional (PN) tidak seharusnya berfikiran sempit dengan terus menerus mempertikaikan penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri (PM) yang bermula esok di Kedah.


Pengerusi Kelab Rakan Media Siasah Madani (KARESMA), Edy Noor Reduan berkata, mempertikaikan aktiviti rumah terbuka yang telah sebati dengan perayaan pelbagai kaum di Malaysia hanya memperlihatkan pandangan politik sempit dan jumud PN.


"Kenyataan rasmi yang diterbitkan oleh PN yang mempertikai penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri telah menggambarkan betapa sempitnya pemikiran politik kepartian dan jumudnya perasaan hasad dengki yang tersemat di jiwa.


"Walau bagaimanapun, KARESMA tetap menggembur 'vibes' positif dengan mengucapkan terima kasih kepada PN kerana kenyataan tersebut secara tidak langsung telah mempromosi hebahan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani.


"Kenyataan PN juga turut menyebut tarikh penganjuran bagi setiap negeri yang memudahkan orang ramai menyusun jadual untuk menghadirkan diri," sinis Edy Noor dalam satu kenyataan.

Edy Noor Reduan

Beliau berkata, KARESMA yakin kehadiran orang ramai akan melimpah ruah kerana promosi dibuat bukan sahaja daripada pihak Kerajaan, malah daripada pihak pembangkang juga.


Peluang itu, katanya, merupakan kesempatan rakyat dari seluruh pelusuk negeri untuk bertemu Perdana Menteri dari Kerajaan Perpaduan.


Menurut Edy Noor lagi, sekiranya rumah terbuka hanya dibuat di Putrajaya, kehadiran pengunjung terhad kepada warga Lembah Klang sahaja.


"Maka KARESMA amat mengalukan hasrat Kerajaan Perpaduan menganjur rumah terbuka di 6 buah negeri dan mencadangkan agar tahun hadapan ia dilaksanakan di negeri yang selebihnya termasuklah Wilayah Sabah dan Sarawak.


"KARESMA turut ingin menegaskan acara menjamu rakyat sama ada di satu lokasi atau di sepuluh lokasi tidak pernah diklasifikasikan sebagai satu pembaziran.


"Sebaliknya, pembaziran yang jelas ialah apabila dilantik menjadi Duta Timur Tengah bertaraf menteri selama 33 bulan, namun gagal membawa walau satu sen pun pelaburan," kata beliau.


Tambah Edy Noor dalam aktiviti rumah terbuka itu kelak, rakyat boleh meninggalkan seketika segala fahaman kepartian, semua hadir untuk makan dan berhibur sempena hari raya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page