top of page

Pertikai keputusan Mahkamah Persekutuan: Hj Hadi jangan derhaka - AMK Setiawangsa



Oleh: Abdullah Zaid


Kenyataan Presiden Pas Hj Hadi Awang yang terus mempertikai keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 enakmen jenayah syariah Kelantan disifatkan keterlaluan kerana terus mahu mengelirukan orang Melayu.


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Setiawangsa, Muhammad Azha Salahudin berkata, Ahli Parlimen Marang itu seolah olah tidak mahu menerima kenyataan pembatalan tersebut hanya berpunca daripada pertindihan kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Persekutuan, bukannya keputusan politik atau menggugat agama Islam.


"Perkara ini telah dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 75 yang memperuntukkan bahawa jika terdapat undang-undang negeri yang tidak selaras dengan undang-undang Persekutuan maka ianya adalah tidak sah dan terbatal," katanya dalam satu kenyataan.


Malah, katanya, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) telah bertitah mahukan semua pihak bertenang dan hormati keputusan mahkamah serta Perlembagaan Persekutuan.


"(Dalam hal ini) tidak berlaku ancaman terhadap Mahkamah Syariah dan undang-undang Islam seperti yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin Pas sebelum ini," ujarnya.


Malah, kata Azha apa yang lebih mengejutkan, Hj Hadi mendakwa Perlembagaan Persekutuan yang digunakan hari ini adalah hasil peninggalan penjajah yang cuba untuk menghancurkan agama, bangsa, bahasa dan tanah air.


"Ia menunjukkan sikap munafik Pas sedangkan para pemimpin Pas telah mengangkat sumpah di Dewan Rakyat untuk terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang dikatakan undang-undang penjajah," jelasnya.


Bahkan, katanya, semasa Pas menjadi kerajaan selama 33 bulan telah terbukti parti itun gagal memartabatkan dan memperkasakan agenda Islam di Malaysia


"Semasa menjadi kerajaan, Pas gagal untuk menutup pusat judi yang beroperasi di Malaysia tetapi berjaya menaikkan cabutan khas judi sebanyak 22 kali setahun.


"Selain itu, Pas juga gagal untuk menghapuskan kilang dan penjualan arak tetapi (waktu itu bukan Islam) berjaya mengeluarkan produk arak jenama Timah yang menyentuh sensitiviti orang Melayu dan Islam," ujarnya.


Selain itu, Ketua Penerangan Setiawangsa tersebut optimis Rang Undang-undang Persendirian (RUU) 355 yang dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Mohd Na’im Mokhtar pada tahun ini mampu menoktahkan mainan Pas yang selalu menggunakan ia sebagai modal politiknya.


Tambahnya, Perlembagaan memberi jaminan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 3 bahawa Islam merupakan agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan di mana-mana bahagian persekutuan.


"Sebagai pemimpin dan ahli politik, Hj Hadi perlu memahami keluhuran Perlembagaan Persekutuan seperti yang dinyatakan dalam prinsip Rukun Negara yang menjadi tunjang dan panduan sebagai seorang rakyat Malaysia," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page