top of page

Pertemuan PM, syarikat petroleum terbesar Arab Saudi erat kerjasama



Pertemuan antara Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, delegasi Malaysia dan perwakilan syarikat petroleum terbesar Arab Saudi, Aramco membuahkan hasil memberansangkan.


Menurut PM, mesyuarat bersama syarikat gergasi petroleum dan gas asli Aramco berjaya menubuhkan jawatankuasa khas bersama bagi memudahkan urusan pelaburan syarikat berkenaan di Malaysia pada masa hadapan.


"Delegasi dari pihak Aramco diwakili Presiden dan CEO Aramco, En Amin H. Nasser dan beliau turut diapit Menteri Perdagangan TYT Dr Majid Abdullah Al Qasabi serta delegasi.


Perbincangan tertumpu pada hubungan pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara, dan hubungan ini diperteguh melalui penubuhan Jawatankuasa bersama yang akan ditubuhkan," kata Anwar.


Beliau mempunyai keyakinan tinggi bahawa kerjasama erat tersebut akan membawa pulangan yang bermanfaat buat Malaysia dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada rakyat.


Untuk rekod, Aramco sebelum ini telah melabur di kawasan industri petrokimia di Pengerang, Johor. Tahun ini syarikat itu akan meningkatkan pelaburan dan bersetuju untuk membuka kilang di Terengganu bagi menyediakan lebih banyak pekerjaan bagi penduduk di Pantai Timur Semenanjung.


* Foto: Fath Rizal PMO




0 comments

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page