top of page

Pertemuan PM - PH: 'Untuk tangani Covid 19, ekonomi, usaha kerajaan akan disokong'


Pertemuan bersejarah di Pejabat Perdana Menteri (PM) di antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) petang ini membuahkan hasil yang memberansangkan.


Menurut Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pertemuan selama lebih sejam itu yang turut dihadiri Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berjalan dalam suasana tenang dan bertumpu ke arah kerjasama menyelesaikan isu pandemik Covid 19, serta pemulihan ekonomi negara.


"Kita dijemut oleh PM untuk mengadakan pertemuan lebih sejam.


"Kita ada permulaan yang baik dan kita kemukakan tentang penanganan permasalahan Covid yang lebih berkesan, program-program pro rakyat yang lebih menyentuh permasalah golongan miskin serta kehilangan pekerjaan. Itu kita tekankan sebagai yang asas.


"Untuk mengurangkan suhu politik itu dipersetujui, tetapi kita berikan isu-isu ini (Covid dan ekonomi) supaya menjadi keutamaan kepada PM baharu


"Kita jelaskan kalau program pro rakyat, program penanganan Covid supaya (dilaksanakan secara) lebih berkesan, kita tak ada masalah untuk menjamin keadaan lebih terkawal.


"Saya ucap terima kasih kepada dia kerana Datuk Seri Ismail ini mewakili Umno, dan dia bincang pula dengan Anwar dan DAP. Jadi saya bergurau dengan dia 'no Anwar no DAP' ini nampak dah berubah? Dia kata kerana semangat titah Tuanku untuk bekerjasama," kata Anwar kepada media sebaik usai pertemuan tersebut.


Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, PM dalam pertemuan itu dicadangkan untuk segera melaksanakan moratorium penuh pinjaman bank tanpa tambahan kadar faedah bagi melegakan rakyat manakala kaedah menangani Covid perlu dilakukan dengan strategi baharu supaya lebih berkesan.


"Saudara Guan Eng mengemukakan isu ekonomi termasuk moratorium bank yang kita bangkitkan berulang kali, dengan saudara Mohamad Sabu membangkitkan kesan parah Covid di beberapa kawasan yang menuntut cara baharu, dan tidak terikat dengan kaedah lama yang terbukti belum cukup berkesan," katanya.


Selain itu, Anwar mengesahkan akan ada pertemuan lanjut untuk memperhalusi bentuk kerjasama kerajaan - pembangkang di peringkat jawatankuasa selepas ini.


Ditanya sama ada Ketua Pembangkang ditawar jawatan tertentu di dalam kabinet, Anwar menjelaskan perkara tersebut tidak timbul


"Tidak berbangkit dan saya pun tidak mahu itu dijadikan isu. Dari awal kita kata kita tidak datang untuk meminta jawatan. Isu kita untuk ekonomi rakyat dan Covid," katanya.


Ditanya apakah pandangan pembangkang terhadap Undi Percaya yang akan dibentang dalam sesi Parlimen September ini, Anwar berkata sekiranya wujud suasana perbincangan dan kerjasama yang ikhlas maka pihak pembangkang tidak akan mempersulitkan PM.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page