top of page

Pertemuan PM-Mufti Rusia pererat ukhwah umat Islam Malaysia-Rusia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 17
  • 2 min read

Pertemuan DS Anwar dengan Mufti  Sheikh Ravil (dua dari kanan) sambil diperlihatkan khazanah Islam
Pertemuan DS Anwar dengan Mufti Sheikh Ravil (dua dari kanan) sambil diperlihatkan khazanah Islam

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia 13 - 16 Mei lalu telah membuahkan pelbagai hasil yang membanggakan.


Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, lawatan itu bukan sahaja memperkukuh hubungan kedua dua negara dengan perbincangan bersama pemimpin kuasa besar dunia, Presiden Rusia Vladimir Putin dan Anwar Ibrahim tetapi juga ternyata merapatkan ukhwah sesama muslim Malaysia dan Rusia lewat pertemuan dengan Mufti Besar Rusia.


"Pertemuan dengan Mufti Besar Rusia, Sheikh Ravil Gaynutdin membuka ruang mempererat hubungan antara komuniti Islam serta meneroka kerjasama dalam pendidikan, pensijilan halal dan dialog antara budaya.


"Pertemuan itu juga bertujuan mempereratkan ukhuwah antara komuniti Islam Malaysia dan Rusia yang merentasi sempadan geografi serta kepelbagaian budaya, di samping memperkukuh hubungan dengan lebih 25 juta umat Islam di Rusia," katanya dalam muat naik di Facebook.


Menurut beliau, Rusia mempunyai dua Badan Pensijilan Halal yang diiktiraf secara rasmi oleh JAKIM. Agama Islam pula merupakan agama kedua terbanyak penganutnya di negara tersebut selepas Kristian Ortodoks.


Menurut Dr Zulkiflu lagi, kedudukan strategik Malaysia yang berada di tengah-tengah Asia Tenggara ketika ini menjadi semakin penting dalam persaingan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, China, Kesatuan Eropah dan Rusia.


"Justeru, adalah penting untuk kita sama-sama memperkukuh perpaduan yang kita miliki agar tiada ruang untuk diganggu gugat oleh sesiapa pun.


"Dengan masyarakat yang bersatu padu, kita dapat menumpukan perhatian kepada pembangunan lebih lestari untuk Malaysia tercinta," katanya.


Dr Zulkifli teruja juga dengan penghormatan negara yang diberikan Rusia ke atas PM Anwar menyamai pemimpin utama dunia yang lain.


Katanya, itu penghormatan pertama diberikan kepada seorang Perdana Menteri Malaysia dalam tempoh hampir 20 tahun, yang mana kali terakhir diberikan kepada Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Jun 2007. Penghormatan berkenaan melambangkan detik penting dalam hubungan dua hala Malaysia-Rusia.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page