Pertemuan PM-junta tentera Myanmar demi bantuan kemanusiaan mangsa gempa
- Suara Keadilan
- Apr 19
- 2 min read

Pertemuan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan junta tentera Myanmar, Min Aung Hlaing kelmarin lebih kepada menawarkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di negara itu pada bulan lalu.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Firdaus Johari berkata, kenyataan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdulah sebelum ini yang menyifatkan pertemuan itu sebagai "langkah ke arah yang salah" adalah tersasar sama sekali.
"Pengkritik pertemuan antara PM Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin junta Myanmar, Min Aung Hlaing terlepas pandang sebab utama perdana menteri kita telah memilih jalan perundingan
"Adalah penting untuk mengiktiraf bahawa PM Anwar pergi ke mesyuarat di Thailand dengan pengetahuan dan kebenaran pemimpin ASEAN, untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan selanjutnya kepada rakyat Myanmar berikutan gempa bumi dahsyat bulan lepas yang meragut nyawa lebih 5,350 orang," katanya dalam satu kenyataan.
Oleh itu, Ketua Cabang KEADILAN Sungai Petani itu berkata, kritikan Saifuddin tersebut amatlah tidak wajar dan lebih kepada mahu mencari mileage politik kerana jelas perbincangan para pemimpin tersebut bukan untuk mengiktiraf rejim tentera Myanmar sebagai penguasa yang sah.
Menurut Dr Taufiq lagi, PM dalam pertemuan itu mengesa junta untuk melanjutkan gencatan senjata dan lebih mengutamakan bantuan kemanusiaan kepada rakyat biasa termasuk misi bantuan pasukan yang dikendalikan oleh Angkatan Tentera Malaysia.
"Ini sepatutnya jelas kerana Anwar berkata beliau akan menggesa junta Myanmar melanjutkan gencatan senjata semasa bagi membolehkan bantuan kemanusiaan sampai kepada mangsa gempa bumi baru-baru ini.
"Beliau juga mengulangi bahawa ASEAN kekal komited kepada Konsensus Lima Perkara sebagai asas untuk penglibatan dengan Myanmar dan mesyuarat itu diadakan semata-mata atas dasar kemanusiaan," ujarnya.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Kedah itu sebaliknya secara sinis menggesa Abdullah mengimbau dasar Kerajaan Perikatan Nasional sewaktu berkuasa (2020-2022) yang menghantar pulang beribu-ribu pelarian Myanmar dari Malaysia untuk menghadapi kemungkinan akibat buruk di negara asal mereka.
Pada waktu itu, katanya, Saifuddin merupakan Menteri Komunikasi di bawah PM Muhyiddin Yassin dan Menteri Luar di bawah PM Ismail Sabri Yaakob dan beliau tidak bersuara mengkritik dasar semasa kerajaan.
"Saya juga mengambil maklum gesaan beliau bahawa Malaysia dan ASEAN harus melibatkan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar dan Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (NUCC), serta pihak berkepentingan awam negara, dan ingin menekankan bahawa membantu rakyat jelata negara itu bukanlah penolakan terhadap kerajaan dalam buangan.
"Dalam jangka pendek, apa yang diperlukan untuk rakyat jelata Myanmar ialah bantuan segera, bukan sikap politik pembangkang kita," katanya lagi.
Semalam, Saifudin mengkritik Anwar bertemu junta tentera Myanmar sebagai 'menuju ke arah yang salah' kerana katanya junta hanya berkuasa pada 30% daripada negara itu, selebihnya dikuasai gerakan pembangkang NUG dan pasukan bersenjata yang menentang kerajaan.
Comentarios