top of page

Pertemuan MB Amirudin - Azmin berita palsu - Borhan


Pertemuan dilaporkan media atas talian di antara Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Kanan Azmin Ali semalam merupakan berita palsu. Setiausaha Politik MB, Borhan Aman Shah menafikan berlaku pertemuan yang didakwa membincangkan senario politik Selangor itu. Sebaliknya, menurut Borhan, pertemuan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, tengah hari semalam, antara MB dan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dilakukan bagi membincangkan usaha berterusan menangani wabak Covid 19. "Mesyuarat tersebut turut dihadiri Dr Siti Mariah Mahmud selaku Exco Kesihatan Selangor, kakitangan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri. "Perbincangan berkaitan usaha menangani penularan wabak Covid-19 di Selangor. Selain itu, perbincangan juga menyentuh kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian Kesihatan dalam penyesuaian norma baharu pasca PKPB. "Kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa terdapat pertemuan sulit di antara Datuk Menteri Besar dengan Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainudin," katanya dalam satu kenyataan. Semalam, media sosial mensensasikan kononnya perbincangan untuk menukar kerajaan Selangor sebagaimana yang berlaku di Kedah pada bulan Ramadan lalu. Sebuah media atas talian malah membuat liputan khas di luar Kediaman MB Selangor dalam laporan mereka.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page