top of page

Pertemuan Anwar - Olaf Scholz tingkat hubungan ekonomi Malaysia - Jerman

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 12, 2024
  • 1 min read

ree

Pertemuan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya Canselor Olaf Scholz lewat petang waktu Jerman di Canselori Persekutuan menambah baik hubungan dagang dan teknologi dengan rakan dagangan terbesar Malaysia di Kesatuan Eropah itu.


Menurut PM, dalam pertemuan rasmi berkenaan beliau membincangkan hal hubungan dua hala terutama kerjasama ekonomi dan pelaburan.


"Kami membincangkan kemajuan hubungan Malaysia-Jerman terutama kerjasama ekonomi, pendidikan, alam sekitar, eksport minyak sawit dan kelestarian serta bertukar pandangan mengenai krisis kemanusiaan di Palestin selain isu global yang mempunyai kepentingan bersama.


"Menerusi pertemuan ini Malaysia berharap dapat menjalinkan kerjasama yang lebih luas, bukan sahaja dalam meningkatkan perdagangan dan pelaburan, malah untuk memperkukuh hubungan dua hala dalam semua bidang," katanya dalam kenyataan.


Dalam sidang media selepas itu Anwar berkata, pihaknya mengalu alukan lebih banyak pelabur Jerman memanfaatkan lokasi Malaysia yang strategik di Asia Tenggara sebagai destinasi pelaburan pilihan.


ree
PM Malaysia diraikan oleh Canselor Jerman berbuka puasa dengan kurma

Mengenai Palestin, beliau tidak lupa membawakan isu penderitaan rakyat Gaza kepada pemimpin Jerman yang mempunyai pengaruh besar di Eropah.


"Kami juga menggesa gencatan senjata kekal dilaksanakan di Gaza selain pembebasan tawanan manakala bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin disegerakan.


"Kedua-dua pihak bersetuju bahawa perlu ada titik noktah terhadap konflik yang sudah berlanjutan selama beberapa dekad," katanya lagi.


Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada Canselor Scholz atas layanan baik kepada delegasi Malaysia di hari pertama Ramadan itu yang menyaksikan Scholz meraikan Anwar berbuka puasa sebelum meneruskan perbincangan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page