top of page

Pertelagahan Umno - Pas: Muafakat Nasional tidak mungkin wujud menuju PRU 15



Tindakan sesetengah pemimpin Pas dan Umno yang masih cuba berusaha mewujudkan Muafakat Nasional (MN) bagi mengalahkan Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 mungkin hanya sia sia.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, sikap pemimpin utama Pas dan Umno yang sejak kebelakangan ini mahukan salah satu parti dibubarkan demi penyatuan orang Melayu membuktikan tidak mungkin berlaku kesepakatan menjelang PRU 15, biar pun Pas dan Umno Selangor mengambil keputusan untuk bersekutu.


Azan mengulas kenyataan terbaharu pemimpin Pas, Nik Amar Abdullah bahawa Umno perlu membubarkan parti Melayu itu kerana Pas telah lama memperjuangkan orang Melayu dan Islam.


"Mereka dah mula gaduh sesama sendiri. Ini macam filem "dumb and dumber", mereka tonyoh kepala sesama sendiri. Dulu Pas bukan dalam kerajaan, Umno gunakan Pas, bila Pas dalam kerajaan dia nak guna Umno.


"Tindakan ini juga seperti londeh seluar sendiri, bubar ini umpama nak menamatkan riwayat. Maknanya kalau sampai peringkat itu bermakna Pas tak perlu wujud dan Umno juga begitu. Perbalahan kedua-dua ini adalah kerugian besar di Kelantan dan Terengganu kepada yang menyokong Pas," katanya ketika dihubungi.


Tambah mantan Ahli Parlimen Indera Mahkota berkenaan, pertelagahan Pas dan Umno secara konsisten dan berpanjangan itu adalah baik bagi parti yang mahukan undi Melayu seperti KEADILAN, yang perlu meningkatkan gerak kerja mereka ketika para penyokong Pas dan Umno mulai kebingunan.


"Kita biarkan mereka bergaduh dulu, yang penting kita tumpukan untuk bantu rakyat dan wujudkan keadaan lebih baik untuk rakyat di Pantai Timur," ulasnya lagi.


Terdahulu, gesaan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan supaya Pas dibubarkan kerana perjuangan Umno juga menjurus ke arah Islam disambut dengan pulangan paku buah keras oleh Naib Presiden Pas, Mohd Amar Abdullah.


Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan itu, parti yang sewajarnya dibubarkan adalah Umno bukannya Pas.


"Bagi saya Umno patut bubar sebab baru yang mula (perjuangkan) Islam. Kami dah lama perjuangkan Islam, dari awal lagi," katanya dipetik.


Ahmad Maslan mencadangkan Pas dibubarkan kerana menurutnya Umno sudah cukup membawa wadah perjuangan Islam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page